Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 Sudah Tamat

Amaun Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 fasa 2 akan dikreditkan pada januari 2021. Sebelum ini, difahamkan bagi permohonan yang diluluskan bayarannya akan dibuat secara sekali gus ke akaun pemohon. Maksud sekali gus itu mungkin bermakna jumlah pemohon yang layak dibayar secara sekali gus tetapi melalui beberapa fasa.

Biasanya BPN akan dibayar dalam dua fasa seperti yang diterima sebelum ini. Bagi mereka yang belum membuat permohonan, dukacita dimaklumkan bahawa tarikh tersebut telah tamat pada 15 november lalu termasuk mereka yang membuat rayuan.

Bagi penerima BPN 2020 sebelum ini, mereka tidak perlu lagi membuat permohonan baru untuk BPN 2.0. Bayaran akan terus dikreditkan kedalam akaun mengikut data sedia ada.

LHDN

Seperti yang diumumkan kerajaan, Bantuan Perihatin Nasional BPN 2.0 merupakan Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Perihatin Rakyat. Bantuan ini diberikan kepada yang layak bagi membantu mereka yang terjelas akibat penularan wabak covid-19.

sumber: bharian, foto, lhdn

3 thoughts on “Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 Sudah Tamat”

Leave a Comment