Cadangan pengeluaran caruman akaun 1 KWSP dari pelbagai pihak akhirnya diperkenankan. KWSP memperkenalkan i-Sinar sebagai lanjutan dari i-Lestari yang dilaksanakan pada awal pandemik covid-19 melanda Malaysia april lalu.
Keputusan pelaksanaan i-Sinar merupakan langkah tepat kerajaan bagi kelangsungan hidup rakyat yang terjejas. Permohonan pengeluaran RM500 dari akaun 1 kwsp setiap bulan boleh dibuat bermula disember 2020. Namun perincian i-Sinar akan diumumkan semula pada 18 november 2020.
Amaun pengeluaran yang akan dimasukkan ke akaun pemohon bermula januari 2021. Bagi pencarum yang sudah menghabiskan akaun 2 pada permohonan i-Lestari yang lalu, bolehlah membuat permohonan kali kedua untuk i-Sinar disember nanti.

Namun, saya tidak pasti samada pemohon yang masih menerima i-Lestari boleh juga terima i-Sinar sekaligus atau tidak. Mungkin jawapannya akan kita ketahui pada pengumuman perincian pada 18 nov nanti.
Permohonan pengeluaran kwsp akaun 1 boleh dibuat di laman sesawang kwsp.gov.my melalui i-Sinar pada disember nanti.
Waktu Operasi Cawangan KWSP
KUALA LUMPUR, 10 November 2020: Bermula Rabu, 11 November 2020, semua pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan beroperasi dari 9 pagi hingga 2 petang pada hari bekerja, sehingga dimaklumkan kelak. Ini melibatkan cawangan-cawangan di Semenanjung Malaysia (kecuali di negeri Perlis, Pahang, dan Kelantan) serta Kuching, Sarawak.
Pejabat KWSP dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula akan kekal tutup sehingga dimaklumkan kelak. Setakat ini, hanya cawangan KWSP Kajang yang terkesan.
Semua perkhidmatan disediakan seperti biasa, melainkan perkhidmatan di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang terhad kepada Pengeluaran Umur 50/55/60 dan Pengesahan Cap Ibu Jari e-Pengeluaran. Ahli-ahli yang telah membuat janji temu untuk berurusan dengan cawangan KWSP yang berkenaan di luar waktu operasi terkini diminta untuk menjadualkan semula melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu).
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.
Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
10 November 2020
credit foto kwsp : mysumber
1 thought on “Permohonan i-SINAR Untuk Pengeluaran Caruman Akaun 1 KWSP”