Zul Muhammad

Sihat Itu Nikmat

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan belanjawan 2021 di hadapan 80 ahli parlimen berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diperkenalkan bagi membantu rakyat mendepani cabaran semasa.

Mesti ramai yang sudah keliru, dan hampir terlupa dengan Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 yang belum diterima kerana terlalu banyak bantuan dari kerajaan sejak penularan pandemik ini.

Terbaru ialah pengeluaran caruman kwsp akaun satu, yang mana pembayaran telah pun dibuat kepada pemohon yang layak secara berperingkat bermula 5 januari 2021.

Untuk bayaran fasa ke 2 BPN juga akan dikreditkan pada januari tahun ini. Manakala pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 belum dibuat.

Pembayaran BPR 2021 dijangka akan dibuat sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Saya tidak pasti samada pembayaran akan dibuat sekaligus atau dalam beberapa fasa secara berperingkat.

Baca Artikel Berkaitan >> Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Nasional BPN 2021 Sudah Tamat

MENTERI KEWANGAN

Jumlah Bayaran BPR 2021 Mengikut Kategori

Bagi kategori isi rumah berpendapatan RM2500 kebawah, mereka akan terima bantuan sebanyak RM1200 jika mempunyai seorang anak. Manakala RM1800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang anak dan keatas. Bagi penerima bujang, pembayaran yang akan diterima sebanyak RM350.

Kategori isi rumah berpendapatan RM2501 hingga RM4000, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM800 untuk seorang anak, manakala RM1200 untuk 2 orang anak dan keatas.

Untuk kategori isi rumah berpendapatan antara RM4001 hingga RM5000, mereka akan terima bantuan sebanyak RM500 jika mempunyai seorang anak, manakala RM750 bagi 2 orang anak dan keatas.

sumber :
portalsemakan
bharian
treasury

One thought on “Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

  1. Bilakeh tentu sejapun tak dapat tunggu, memang ada update bank akaun infomasi tahun lalu sudah, lagi kali itulah update sekali, bilaan boleh pakai , terus pakai keh? Nak lulus ke bsn lagi, kenapa..tak jadilah ambil masa sudah gugur kerja lama tahun pulanya. Siapa yang buat angsa jemuk itu..bad luck keyata sendirilah, tak usialah bagi org lain , dia maukeh bukan org biasa yang kena…buminya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *