Sihir sangat popular di kalangan masyarakat kita sejak dulu lagi sehinggalah sekarang. Namun, masih ada yang ragu – ragu dan kurang percaya kepada kewujudannya melainkan ia pernah terjadi kepada dirinya sendiri atau orang terdekat.
Walaupun amalan menyihir dianggap sudah ketinggalan zaman, namun sebenarnya ia masih terjadi dan ramai yang masih mengamalkannya untuk tujuan tertentu pada zaman serba moden sekarang ini.
Bermacam jenis sihir yang kita pernah dengar dan kadangkala ianya sukar untuk kita percaya. Bagi pengamal perubatan islam, kes sihir menyihir ini sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat kita sejak dulu lagi.
11 JENIS SIHIR YANG WUJUD DALAM MASYARAKAT KITA
1- SIHIR PEMISAH (perceraian)
Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah.
2- SIHIR PENCINTAAN (penunduk)
Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan
3- SIHIR MEMBATAL ATAU MENUNDA PERKAHWINAN
Biasanya melalui 2 cara jin merosakkan.
a) Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya.
b) Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang meminangkan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.
4- SIHIR YANG MENGIKAT LELAKI DAN PEREMPUAN
A) Kepada lelaki :
1) sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi.
2) alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsi.
3) Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi.
B) Kepada perempuan :
1) Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri.
2) Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan.
3) Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.
5 – SIHIR DIMAMDULKAN
Tidak dapat zuriat walau pun di sahkan oleh doktor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.
6- SIHIR PUKAU
1) Menyebabkan seseorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota Badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.
2) Menyebab mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Bagaimana terjadi pukau?
1) pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (memberi salam dan mengarahkan).
2) Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah menyebut : “Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”
7- SIHIR GILA
Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.
8- SIHIR SAKIT ANGGOTA BADAN
Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.
9- SIHIR PENDARAHAN (Darah istihaadah)
Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut : “Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”
10- SIHIR SANTAU
Santau di bahagikan kepada dua bahagian:
1) Santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di tujukan kepada seseorang.
2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang tersebut akan Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.
11- SIHIR PENUTUP
Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.
SIHIR adalah amalan syirik, iaitu menyekutukan Allah s.w.t.. Perbuatan ini hanya akan membawa kepada kemurkaan dan neraka adalah tempatnya. Wallahu a’lam.
sumber: Pusat Rawatan NurQhalifah
Amalan khurafat. Semoga dijauhi la benda-benda ni semua..dah tahun 2021 ni oiii