Venezuela Negara Harga Petrol Paling Murah Di Dunia

Venezuela merupakan sebuah negara pengeluar minyak terbesar dunia. Negara ini terletak di pantai Selatan Amerika, banyak pulau – pulau kecil di Laut Caribbean. Keluasannya wilayahnya dianggarkan sekitar 353.841 KM persegi dan jumlah penduduk seramai 28 juta dicatatkan pada 2019. Manakala bahasa percakapan yang digunakan adalah bahasa Sepanyol.

Venezuela mengungguli tempat pertama dalam senarai 10 buah negara harga petrol termurah dunia. Bukan sahaja termurah, malah jauh lebih murah dari Iran iaitu negara ke 2 yang meletakkan harga petrol paling murah dalam senarai tersebut.

Venezuela Negara Harga Petrol Paling Murah Di Dunia
10 Negara Harga Petrol Termurah Dunia

Kejatuhan Ekonomi Venezuela Akibat Dari Beberapa Faktor

Suatu masa dahulu, Venezuela dikenali sebagai sebuah negara Amerika Latin pengeluar minyak terbesar dunia dan mempunyai pertumbuhan ekonomi yang sangat cepat. Negara tersebut sangat kaya dengan hasil petroleum yang sangat tinggi sehingga mantan Presiden Hugo Chavez banyak menghabiskan kekayaan tersebut pelbagai program sosial, dan memberi minyak percuma kepada golongan miskin Amerika.

Namun, pada tahun 2014 negara tersebut mengalami kejatuhan yang sangat mengejutkan. Produk domestik kasar Venezuela menjunam keparas yang sangat teruk. Pada masa itu, berjuta penduduknya tidak dapat membeli makanan, manakala kelengkapan hospital juga turut terjejas teruk sehingga tidak mampu membekalkan sabun dan antibiotik yang mencukupi.

Menurut unjuran terbaru dana kewangan antarabangsa, Venezuela mengalami pertumbuhan ekonomi terburuk dan kadar pengangguran terburuk dan berada dalam senarai kesembilan. Negara tersebut juga mempunyai angka kadar pembunuhan kedua paling tinggi dan angka kematian bayi 100 kali ganda dalam empat tahun terakhir.

Venezuela menjadi negara yang disebut sebagai keruntuhan sosial dan ekonomi sepenuhnya walaupun negara itu mempunyai simpanan minyak terbesar dunia.

Tidak pernah ada negara yang seharusnya sangat kaya tetapi begitu miskin

Dalam hal ini tiada tanda tanya lagi, kerajaannya yang seharusnya dipersalahkan. Negara pengeluar minyak lain, jika berlaku kejatuhan ekonomi semestinya dapat diperbaiki kerana adanya sumber petroleum. Namun, boleh dikatakan apa yang berlaku di Venezuela merupakan bencana ciptaan manusia.

Bagaimana Venezuela Tenggelam Sejauh Ini Dalam Waktu Yang Singkat?

Para cendekiawan berpendapat, antara faktor kemelesetan teruk ini berlaku disebabkan negara Venezuela terlalu bergantung kepada pendapatan minyak semata – mata. Semasa revolusi Bolivarian Hugo Chavez, tidak mengubah keadaan in secara mendasar.

Kata salah seorang profesor sains politik Jo-Marie Burt, “penurunan harga minyak, perbelanjaan besar – besaran oleh pemerintah Chavez dab Maduro, sekatan A.S., salah urus ekonomi dan isu penyelewengan menyumbang kepada kejatuhan ekonomi yang teruk.

Tidak cukup dengan itu, dikatakan orang atasan sendiri melakukan aktiviti haram seperti penyeludupan dadah yang dibawa masuk ke negara seberang dilakukan demi kepentingan sendiri. Transparency International meletakkan Venezuela dalam senarai tempat ke sembilan negara paling korup di dunia.

Sekarang barulah faham kenapa harga minyak dinegara berkenaan dijual pada harga yang sangat murah kepada rakyatnya. Kejatuhan ekonomi menjejaskan keseluruhan aktiviti dalam negara dalam pelbagai sektor. Urusan pengangkutan dalam negara terbantut menyebabkan permintaan kepada petrol sangat rendah.

sumber: history, Independent, wikipedia, pinterest, evanshalshaw

Leave a Comment