POLITIK

Hasil Anwar Menghadap YDP Agong Pagi Tadi

Hasil Anwar

Anwar yang dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi, telah selesai dengan baik. Perbincangan tersebut kira – kira berlangsung selama 25minit sahaja di Istana Negara. Tarikh asal Anwar menghadap YDP Agong ialah pada 22 september lalu, namun keadaan tidak mengizinkan kerana YDP Agong sedang menjalani rawatan jantung bermula 21 september hingga 3 oktober.

Hasil dari perjumpaan tersebut, Anwar dinasihati YDP Agong supaya akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar telah mengemukakan kepada YDP Agong jumlah Ahli Dewan Rakyat yang memberi sokongan kepada beliau. Namun, beliau tidak menyenaraikan nama Ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut. Susulan dari itu, Yang di-Pertuan Agong memberi nasihat kepada Anwar seperti yang dinyatakan diatas. – Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

Beliau dikatakan keluar dari Istana Negara melalui pintu yang sama dan wartawan gagal mendapatkan sebarang komen dari Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiap dakwaan yang dibuat haruslah besertakan bukti – bukti kukuh dan benar. Jika tidak semua dakwaan tersebut tidak boleh diambil kira, apa lagi bila berkait soal peralihan kuasa dalam kepimpinan negara.

Sumber: AstroAwani, BHarian

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *