POLITIK

Fitnah Pembangkang Cuba Memburukkan Kerajaan PN Tidak Berkesan

Fitnah Pembangkang Cuba Memburukkan Kerajaan PN Tidak Berkesan

Sejak Abah Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, jarang sekali beliau keluar di media bercakap tentang politik. Beliau lebih bimbang dengan nasib rakyat sejak wabak mula melanda negara kita. Abah Muhyiddin sentiasa memikirkan cara untuk memutuskan rantaian covid19 tanpa membebankan rakyat.

Banyak peruntukan bantuan yang diberikan sehingga mencapai jumlah tidak masuk akal. Dana tersebut disalurkan menerusi Bantuan Perihatin Nasional dan bantuan – bantuan lain seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara PENJANA, dan banyak lagi sehingga ratusan billion ringgit.

Tan Sri Muhyiddin Yassin kini seorang pemimpin yang sangat disayangi seluruh rakyat Malaysia atas jasanya kepada rakyat dan negara. Namun, ada segelintir masyarakat terutamanya dalam kalangan pembangkang yang cuba memburukkan Abah Muhyiddin dan pimpinannya.

Rakyat Malaysia bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk, sia – sia saja melontar fitnah untuk menjatuhkan kerajaan kerana keputusannya jelas memihak kepada kerajaan Perikatan Nasional. Keputusan Abah keluar dari Pakatan Harapan tempoh hari memang dianggap belot, tetapi idea bergabung dengan PAS dan UMNO adalah tepat.

Sebagai sesama melayu dan umat islam, seharusnya kita bersatu bukanlah berpecah. Sekarang semakin bertambah pula parti ditubuhkan dikalangan pembangkang melayu islam, sedangkan kita sepatutnya bersatu.

Saya bukanlah orang yang sepatutnya berbicara tentang politik, tetapi sebagai rakyat Malaysia berbangsa melayu dan beragama islam merasa sedih dengan tindakan sesetengah pihak lebih mementingkan diri dan pangkat daripada soal kestabilan negara dan keharmonian masyarakat. Berpecah bukan satu tindakan yang bijak, tetapi hanya akan membuat bangsa kita lemah.

Kepada rakyat Malaysia khususnya kaum melayu, jangan sesekali terikut – ikut dengan cara salah mereka yang mementingkan diri. Biarkan mereka, tetapi kita sebagai rakyat harus bersama menentukan siapa yang layak menjadi pemimpin kita semua, jangan khuatir kerana kuasa ditangan kita.

Kita semua nampak dengan jelas, sepanjang pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menjalankan kewajibannya dengan cemerlang. Wajarlah rakyat memilih beliau sebagai pemimpin kita semua, tambahan pula dengan situasi menghadapi bencana besar wabak covid-19 yang melanda negara kita sekarang.

Kepada mereka yang belum membuat pendaftaran sebagai pemilih [daftar mengundi], segeralah berbuat demikian. Tindakan kita semua merupakan penentu masa depan anak cucu kita akan datang.

Selama ini pemerintah negara kita semuanya melayu beragama islam, dan kita semua hidup dalam keadaan damai dan harmoni berbilang bangsa. Pemimpin kita semuanya baik – baik, tidak bertindak kejam walaupun lain agama dan bangsa. Adakah kita sanggup biarkan negara kita dipimpin oleh mereka yang bukan dari kalangan orang melayu.

sumber: foto

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *