Cara Yang Terbukti Berkesan Untuk Usahawan Jadi Kaya Dengan Lebih Cepat

Dalam sesebuah perniagaan semuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan. Namun, jika tiada jualan mana nak dapat keuntungannya. Untuk usahawan yang baru nak berniaga, saya cadangkan anda melakukan perkara ini terlebih dahulu.

Rezeki ini datangnya daripada Yang Maha pemberi rezeki, tetapi ramai usahawan sibuk mencari cara hasilkan jualan sebelum meminta dan memohon dengan Tuhan yang maha pemberi rezeki. Sanggup mengeluarkan modal beribu-ribu untuk pengiklanan dan hasilnya tidaklah seberapa.

Jika kita ambil masa setahun untuk kaya dan berjaya dalam perniagaan, ianya sudah dikira cepat. Kerana ramai usahawan diluar sana yang sudah hampir 10 tahun berniaga tetapi masih belum mampu capai jualan 1juta pertama mereka. Apa yang ditekankan ialah “sabar” dan “Trust The Process“.

Jika betul-betul ingin berjaya dalam dunia perniagaan, kita harus melalui fasa-fasa yang pernah dilalui orang yang telah berjaya. Dan paling bagus ialah belajar daripada mentor yang telah terbukti melahirkan ramai usahawan dan jutawan.

Baca artikel ini juga >> Bisnes Terbaik Apabila Jual Sekali Dan Untung Dapat Berulang Kali

Di Malaysia, Azizan Osman adalah antara orang yang tepat untuk anda jadikan mentor dan ikutan. Beliau sudah ramai melahirkan jutawan melalui kelas-kelas bimbingan dan program anjuran syarikatnya Richworks International Sdn Bhd.

Jika kita betul-betul mengikuti apa yang diajarkan dari step by step, pasti kita juga boleh berjaya. Azizan Osman lebih menekankan kepada penyucian kolam jiwa dan perlu lebih dekat dengan pencipta untuk mudah kita mencapai apa yang diusahakan.

Program Richworks International Sdn Bhd seperti Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan [IMKK], Millionaire Marketing Mastery [MMM], Spire, dan beberapa lagi program lain yang telah terbukti melahirkan ramai usahawan yang berjaya menjadi jutawan terutama dikalangan anak melayu.

Beliau juga menghasilkan beberapa buah Buku, Ebook berkaitan cara menarik rezeki, membuat marketing tanpa sebarang modal, buku-buku berkaitan pengalaman usahawan yang sudah berjaya dan banyak lagi.

Pencapaian tertinggi Azizan Osman iaitu Top 50 Marketing & Advertising Leaders dan Richworks International, penerima anugerah Top 50 Marketing & Advertising Companies yang berlangsung pada 16-18 disember 2019 di Dubai.

richworksnow.com

Kejayaan ini merupakan kejayaan tertinggi anak Malaysia dikalangan orang melayu yang mampu mencapai kemuncak ini. Kejayaan ini diraih dari usaha beliau yang bertungkus-lumus membimbing usahawan dari bawah hinggalah berjaya melahirkan ramai jutawan terutama dikalangan orang melayu.

Namun, sesebuah kejayaan tidak akan dicapai tanpa keizinan dari yang maha Pencipta. Perniagaan dan amal ibadat haruslah seimbang malah Ibadat lebih utama untuk memastikan kita tidak tenggelam dalam arus dunia semata-mata.

Bukan Azizan Osman sahaja yang boleh kita jadikan mentor, ramai lagi usahawan berjaya lain yang boleh kita jadikan guru dan mentor. Kebanyakan mereka yang berjaya tidak kedekut ilmu untuk berkongsi dengan usahawan-usahawan baru, semua bergantung kepada diri kita sendiri sejauh mana keinginan kita untuk berjaya.

Kunci utama jika ingin menjadi usahawan yang kaya dan berjaya dengan lebih cepat terutamanya di usia muda ialah mesti ber- MENTOR. Dapatkan mentor yang tepat dan ikut segala apa yang diajar langkah demi langkah, insyaallah kita juga boleh berjaya.

4 thoughts on “Cara Yang Terbukti Berkesan Untuk Usahawan Jadi Kaya Dengan Lebih Cepat”

Leave a Comment