LAGU ARTIS

Penyanyi Sebenar Lagu My Way Bukan Elvis Presley

https://zulmuhammad.com/penyanyi-sebenar-lagu-my-way-bukan-elvis-presley/

Lagu ciptaan Paul Anka berjudul My Way mula diedarkan pada tahun 1969 dan merupakan lagu yang paling banyak diulang pada era 60an-70an. Lagu “My Way” boleh dikatakan KERAMAT kerana sehingga sekarang lagu ini sangat dikenali dan sering diraikan di majlis-majlis, samada melibatkan orang lama dan juga kaum muda-mudi.

Oleh kerana lagu ini lebih popular pada zaman Elvis Presley, ramai orang baru sekarang yang menyangka Elvis Presley sebagai penyanyi asal lagu My Way. Disini saya ingin jelaskan bahawa penyanyi asal lagu lagenda ini bukanlah Elvis Presley, walaupun kelihatan sangat cocok dengan suaranya.

Frank Sinatra

Frank Sinatra atau nama asal Francis Albert Sinatra adalah penyanyi sebenar lagu “My Way” yang mula dipopularkan pada penghujung 1960-an. Penulis lirik Paul Anka mencipta lagu ini khas untuk Frank Sinatra yang ditulis pada jam 1 pagi dan selesai pada jam 5 pagi. Lagu ini dirakam pada 30 Desember 1968 oleh Frank Sinatra.

Namun bagaimana lagu My Way sangat dikenali dengan penyanyi Elvis Presley. Pada pertengahan 1970-an, Elvis mula menyanyikan lagu ini didalam konsertnya, namun Paul Anka mengatakan bahawa lagu ini tidak sesuai dengan Elvis.

Sekali lagi Elvis Presley menyanyikan lagu ini dalam penampilannya di Aloha from Hawaii dan dihubungkan secara langsung terus ke 43 buah negara. Lagu tersebut telah disiarkan oleh sebuah media di Amerika Syarikat pada waktu premium sehingga mendapat tontonan 1 juta sekaligus menaikkan rating pada tahap yang sangat tinggi.

Elvis Presley

Di Amerika Syarikat, Lagu ini mencatat ranking ke 22 dalam top 100 lagu pos single, malah ianya lebih tinggi dari posisi Frank Sinatra. Jadi inilah salah satu sebab kenapa orang baru sekarang lebih mengenali Elvis Presley sebagai penyanyi lagu popular “My Way” berbanding penyanyi asalnya.

Sebenarnya Frank Sinatra ada keistimewaannya tersendiri ketika membawa lagu tersebut. Kerana itu, Paul Anka menciptakan lagu ini khas untuk Frank Sinatra dan ingin lagu ini hanya dinyanyikan oleh frank katanya. Penyanyi tersebut juga pernah mendapat trofi penghargaan “Piala Oscar” yang juga dikenali sebagai Academy Award.

Teringat pula kenangan manis dalam penyertaan saya di program Intensif Kekayaan Dan Kejayaan [IMKK] anjuran Richwork Academy Azizan Osman iaitu pada Nov 2018 yang lalu. Lagu My Way dimainkan didalam dewan, bergema satu dewan yang dihadiri lebih 10,000 peserta.

Apa pun layan dulu lagu ini sebagai penghibur dikala suasana sepi, hayati sebutannya memang menusuk kalbu. Walaupun dengan video ini menyebabkan page ini sedikit berat, saya tetap kongsikan untuk korang semua sebagai hadiah. Lagu yang dinyanyikan di konsert Elvis “Aloha from Hawaii” pada tahun 1973 sebelum beliau meninggal dunia kira-kira 4 tahun kemudian.

Rujukan : wikipedia, google

1 thought on “Penyanyi Sebenar Lagu My Way Bukan Elvis Presley

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *