POLITIK

Cara Memastikan Rakyat Daftar Mengundi Tanpa Paksaan – Cadangan

Kerajaan menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang belum daftar sebagai pemilih atau daftar mengundi supaya segera berbuat demikian. Menurut sumber, seramai 4.2 juta rakyat Malaysia layak mengundi tetapi belum daftar mengundi.

Situasi ini sangat membimbangkan kerana ramai dikalangan orang melayu yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi. Takkan kita nak biarkan bangsa lain yang memerintah negara kita Tanah Melayu.

Jadi, saya mewakili kaum belia di Malaysia mencadangkan pihak kerajaan ikhtiarkan sesuatu yang mampu memastikan rakyat daftar mengundi tanpa perlu memaksa. Cadangan saya, dengan memberi hadiah berupa wang tunai sejumlah RM200 (sebagai contoh) kepada mereka yang daftar mengundi dalam tempoh tertentu.

Jika kerajaan berbuat demikian atau seumpamanya, saya yakin pasti ramai rakyat Malaysia berlumba-lumba keluar daftar mengundi untuk layak tebus hadiah tersebut. Ini salah satu langkah berkesan yang mampu memastikan kaum belia terutamanya untuk daftar sebagai pengundi tanpa paksaan.

Namun, mereka yang sudah berdaftat sebagai pengundi ramai juga yang tidak keluar mengundi bila tiba waktu pilihanraya. Jadi, kerajaan harus sentiasa kreatif membuat sesuatu untuk memastikan rakyat sedar akan kepentingan keluar mengundi seperti juga yang telah dilakukan tahun-tahun sudah melalui kempen-kempen, iklan, program kesedaran dan sebagainya.

Baca artikel ini juga >> Cara Yang Terbukti Berkesan Untuk Usahawan Jadi Kaya Dengan Lebih Cepat

Kepada rakyat Malaysia yang belum daftar mengundi, silalah berbuat demikian segera untuk melayakkan diri untuk mengundi pada pilihanraya akan datang. Kita mesti memilih pemimpin dikalangan orang melayu islam yang mampu memimpin negara dan membela nasib rakyat.

Semua terletak ditangan kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan negara kita dipimpin oleh orang yang sepatutnya. Pendaftaran sebagai pemilih boleh dilakukan di pejabat pos, kaunter-kaunter SPR dan boleh juga mendaftar secara online di laman web SPR https://mysprdaftar.spr.gov.my/.

Ayuh bangkitlah wahai orang melayu, jangan biarkan negara kita tergadai dan dipimpin oleh bangsa lain. Pastikan perjuangan datuk nenek kita dalam memartabatkan bangsa melayu suatu masa dahulu tidak sia-sia.

Saya juga berharap kerajaan akan membuat sesuatu untuk memastikan rakyat Malaysia yang layak mengundi segera daftar mengundi dan keluar mengundi pada PRU yang akan datang. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber foto: penerangan.gov.my

Similar Posts

0 thoughts on “Cara Memastikan Rakyat Daftar Mengundi Tanpa Paksaan – Cadangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *