Cara Pesan Makanan Melalui TapauFood

Selain Grabfood, Fodpanda, kini TapauFood melebarkan sayap keseluruh negeri dengan tujuan yang sama. Di kawasan saya Besut Terengganu, sudah nampak kelibat rider TapauFood walaupun tak ramai lagi buat masa sekarang. Saya lihat sebelah utara, mereka memang dah lama bertapak dan antara pilihan utama penduduk disana mungkin juga kerana Apps Tapau Food milik 100% bumiputera.

Pesan Makanan Guna TapauFood

Saya cuba buat pesanan makanan menggunakan TapauFood pakai komputer, rasanya sama saja guna apps TapauFood di henfon. link https://tapaufood.app/

Pertama sekali macam biasa kena register dulu, tekan “setup your location”. Letak nombor telefon yang senang dihubungi dan alamat dengan lengkap. Bahagian alamat tu boleh remark kawasan kita contoh, “rumah kayu warna purple”, untuk memudahkan rider hantar dengan cepat dan tepat.

Selesai daftar, boleh la lihat senarai kedai yang berhampiran tempat kita duduk. Klik dekat “Near Me”, die akan keluar senarai kedai-kedai yang berdaftar dengan TapauFood. Kalau tempat saya, TapauFood baru saja bertapak, jadi pilihan kedai pun tak banyak sangat.

Rebutlah peluang ini sebagai vendor atau rider (TapauRaida) dan menjadi antara yang terawal. Homecooker pun boleh sertai sebagai vendor, tak perlu ada kedai, yang penting memenuhi syarat yang ditetapkan.

Contoh yang ini saya pesan roti canai disebuah kedai, tiga roti kosong dan tiga roti sardin berharga RM10.80. Tekan jer butang tambah berapa biji nak, total harga ditunjukkan dibawah. Tapi ni bukan jumlah yang perlu dibayar ye! Ini cuma harga makanan dan tidak termasuk cas lain lagi.

Bill Details TapauFood

OK sekarang baru lah ditunjuk jumlah yang perlu dibayar keseluruhan. Jadi, makanan RM10.80, cas Apps service 0.25sen, runner pickup RM9, dan RM2 duit tip yang ni kita bagi secara sukarela, ada pilihan samada kita nak bagi berapa sebagai sumbangan, support kepada rider. Jadi jumlah keseluruhan RM22.05 yang perlu dibayar kepada penghantar makanan nanti.

Samada mahal atau murah itu terpulang kepada anda untuk menilai, tetapi ini adalah satu platform yang disediakan bertujuan untuk memudahkan orang ramai memesan makanan tanpa perlu keluar, jimat masa, jimat tenaga, tidak perlu bersesak-sesak atau beratur, dan yang paling penting lebih selamat terutamanya dimusim pandemik ini.

Daftar Sebagai Vendor Dan TapauRaida

Rebut lah peluang untuk sertai TapauFood sebagai Vendor atau TapauRaida untuk meningkatkan jualan dan menjana pendapatan.

Boleh klik pautan ini https://linktr.ee/TapauFood, untuk mendaftar. Ini saya guna melalui komputer, jika melalui henfon, mungkin korang boleh terus download di aplikasi di google play store atau apple app store.

Perlindungan TapauFood HIBAH

Perlindungan TapauFood dalam bentuk HIBAH sebanyak RM200,000/RM50 sebulan disediakan terutamanya untuk penghantar makanan. Ia sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan kerja bermain diatas jalan raya, macam-macam boleh berlaku walaupun bukan kita yang mintak, tetapi persediaan perlu ada untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

sumber:
twitter
forumlowyat

Leave a Comment