dr mahadi

Dah Makan Macam-macam Ubat Penyakit Tidak Juga Sembuh

Ini adalah perkongsian yang saya ambil dari seorang pakar perubatan yang berpengalaman. Beliau telah berjaya menghasilkan satu produk dengan formulasi luar biasa yang dipanggil MD7 NTDOT. Disini, anda akan temui antara solusi kepada masalah>> dah makan macam-macam ubat tetapi penyakit tidak juga sembuh.

Tapi kali ini saya tidak berhajat untuk menerangkan tentang produk tersebut, tetapi ada sesuatu yang saya rasa perlu saya kongsi buat sahabat semua.

https://www.youtube.com/watch?v=A6cZFL82x7Y

Dah Makan Macam-macam Ubat Penyakit Tidak Juga Sembuh

Dalam video-video Dr Mahadi, beliau selalu tekankan tentang hubungan kita dengan pencipta dan hubungan kita dengan orang sekeliling. Sebenarnya perkara ni sangat penting untuk diutamakan terlebih dahulu.

Jika anda seorang pesakit, anda dah cuba macam-macam ubat, macam-macam produk kesihatan, supplement, tetapi masih tiada perubahan dan tidak juga sembuh. Silalah muhasabah diri, tanya pada diri bagaimana hubungan kita dengan pencipta, bagaimana hubungan kita dengan orang sekeliling.

Sekiranya kedua-duanya belum kita betulkan, makan cepat-cepatlah betulkan. Baiki hubungan kita dengan pencipta (ALLAH SWT), baiki hubungan kita dengan keluarga, adik-beradik, saudara-mara, rakan-rakan dan terutamanya orang yang pernah kita berselisih faham.

Sesungguhnya, setiap penyakit pasti ada penawarnya. Siapa yang turunkan penyakit, pasti dia ada penawarnya. Mintalah dengan DIA, Yang Maha Pengasih, buat solat tahajud, buat solat hajat, mohon keampunan dan kesembuhan dari-NYA.

Maka Ubat@supplement itu adalah asbab kepada kesembuhan, hakikatnya Allah swt yang mengizinkan ia berlaku. Hanya memerlukan sedikit kerendahan hati kita untuk tunduk dan menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan menginsafinya.

Sebilangan orang tidak nampak perkara ini penting dan ramai yang terlepas pandang. Saya harap sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat semua. Semoga kita semua didalam lindungan Allah SWT. Aminnn…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *