keuntungan jual ayam gunting

Keuntungan Jual Ayam Gunting [Ali’s Fried Chicken]

Keuntungan jual ayam gunting sebenarnya tidaklah besar mana tetapi permintaan sangat lah tinggi. Kalau kita lihat bisnes contohnya seperti ais milo kepal, jus mangga, jus jambu batu, kini semakin suam-suam kalau nak dibandingkan dengan awal-awal kemunculan. Tetapi berbeza dengan perniagaan ayam gunting, ia sudah menjadi perniagaan yang wajib kena ada disetiap kawasan sama juga seperti kedai burger.

Menu burger walaupun dah lama muncul tetapi orang tetap gemar makan burger dan boleh menjadi pengganti makanan berat seperti nasi. Kerana itu burger masih wujud dan mendapat permintaan tinggi di dalam masyarakat kita di Malaysia dan seluruh dunia.

Begitu juga dengan ayam gunting, sampai sekarang permintaan ayam gunting masih tinggi. Walaupun persaingan juga tidak kurang hebatnya, tetapi oleh kerana permintaan yang tinggi sesebuah perniagaan itu mampu bertahan lama.

Kanak-kanak antara penggemar terbesar makanan ayam gunting, biasanya peniaga ayam gunting akan mencari tapak sekitar kawasan sekolah dan pasar malam. Ia bukanlah makanan khusus untuk kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga sangat menggemari ayam gunting.

keuntungan jual ayam gunting

Berapa Modal Permulaan Bisnes Ayam Gunting ?

Saya sendiri ada pengalaman berniaga ayam gunting beberapa tahun yang lalu. Saya bermula dengan modal yang kecil, saya beli dapur ayam gunting terpakai yang dicari melalui platform mudah.my. kalau tak silap masa tu saya dapat dengan harga RM2300 termasuk tapak tempat letak dapur, alat suhu, gunting, tempat pemotong dan beberapa bekas.

Saiz kanopi yang saya guna 10×10 kaki berharga sekitar RM150. Jika dicampur kesemuanya tidak sampai RM3000 untuk modal permulaan yang saya guna, itu pun sudah termasuk stok ayam, tepung, rempah garam, rempah cili, minyak, lidi satay, beg kertas dan plastik.

Sebelum berniaga ayam gunting, saya memang penggemar ayam gunting sejak bujang lagi dan sekarang masih sama termasuk isteri dan anak. Tapi tak semua kedai ayam gunting rasanya sama, kebanyakannya akan ada perbezaan terutamanya pada rempah dan stok ayam yang digunakan.

Ayam Gunting Ali’s Fried Chicken

Samada nak ambil pakej perniagaan dari Ali’s Fried Chicken atau nak beli yang secondhand macam saya buat tiada masalah, asalkan stok ayam dan rempah mesti sedap. Jadi, kalau betul-betul nak berniaga ayam gunting, saya sarankan ambil stok di Alimart[Ali’s Fried Chicken]. Pengalaman saya, ayam ali’s sangat berbesa, rasa perapan rempah ayamnya sungguh sedap dan cukup rasa.

Begitu juga rempah, rempah cili dan rempah blackpepper memang berbeza. Saya pernah ambil stok ayam ditempat lain, walaupun harganya lebih murah[beza seringgit dua jer] tetapi kualiti memang berbeza. Di kawasan pantai timur, ayam gunting Ali’s Fried Chicken sangat popular.

Harga Ayam Ali’s Fried Chicken[Harga Lama]

Harga yang dipaparkan ini harga lama dan mungkin saya pun silap, maklumlah dah bertahun-tahun dah tinggal bisnes ayam gunting ni.

Ayam Besar[Ayam Gunting] 12pcs: RM50
Ayam Kecil[Ayam Lidi] 50pcs: RM30
Sosej 8pcs: RM9.50
Rempah cili/blackpepper: RM22-26

Berapa Keuntungan Jual Ayam Gunting ?

Bercakap pasal untung, saya sebenarnya tidak pandai sangat nak mengira sebab ia melibatkan penggunaan bahan seperti minyak, tepung, bagi saya susah nak kira. Contohnya minyak, setengah peniaga akan tukar minyak lebih kerap dan ada juga yang berjimat. Untuk keluasan standart dapur ayam gunting, kuantiti masak yang sesuai sekitar 14kg, boleh tahan juga lah modal untuk penggunaan minyak masak.

Walaupun begitu, minyak masak masih boleh digunakan semula untuk hari kedua dan ketiga bergantung kepada kualiti minyak yang kita guna dan cara kita menggoreng. Jika salah guna, contohnya lupa perlahankan suhu dapur selepas menggoreng, minyak boleh jadi cepat hitam dan menjejaskan rasa ayam.

Keuntungan Jual Ayam Gunting Sekitar 35% Dari Jualan

Modal saya dah tunjuk kat atas tu, keuntungan jual ayam gunting boleh kira sendiri. Harga jual memang dah ditetapkan syarikat Ali’s Fried Chicken, jadi ikut sahaja harga tersebut. Apabila harga stok berubah, harga jual juga boleh berubah, jadi jangan risau dengan perubahan harga.

Sebagai contoh, keuntungan sebuah gerai sehari RM100. Jika ada 3 gerai maka jumlah keuntungan RM300 untuk sehari jualan. Jumlah keuntungan sebulan pula didarabkan dengan 26hari[tolak cuti], berjumlah RM7800. Jumlah jualan paling tinggi saya dapat semasa berniaga dulu sekitar RM500 sehari dan saya cuma ada sebuah gerai. Jika dikirakan untung bersih 35%, jumlahnya lebih dari RM150.

Rata-rata mereka yang berniaga ayam gunting ni berpuas hati dengan hasil dan keuntungannya. Kalau kita lihat video kejayaan dibawah, sorang akak ni sampai boleh beli foodtruck, kereta, motor, bawa keluarga pergi melancong, umrah dan dapat membantu adik beradik yang tidak berkemampuan.

Dari situ kita boleh nampak perniagaan ayam gunting ini memang berpotensi untuk pergi jauh. Kebanyakan peniaga bermula dengan satu gerai, makin lama makin bertambah dan pakai pekerja. Nasihat saya, kalau pakai pekerja pastikan beri tunjuk ajar yang betul, cara menggoreng, jumlah rempah, termasuk cara layan pelanggan.

Rahsia Ayam Gunting Sedap

Sebagai seorang penggemar dan bekas peniaga ayam gunting, saya sangat memilih dalam membeli ayam gunting. 2 perkara penting yang perlu dilihat, pertama sekali mestilah ayam Ali’s Fried Chicken. Kedua, tidak kedekut rempah. Kedua-dua perkara ini sangat penting bagi saya, jika lengkap maka lengkaplah selera saya.

Soal rempah, ada pelanggan sukakan rempah yang banyak, ada yang biasa-biasa dan jarang-jarang mereka yang tak suka banyak rempah. Kalau pelanggan mintak extra pedas, jangan risau nak letak lebih, itu selera pelanggan. Kalau nak cipta pelanggan tetap, inilah caranya iaitu ikut sahaja selera pelanggan. Walaupun bimbang untung berkurangan, tetapi sebenarnya tidak kerana cara itu boleh menarik ramai lagi pelanggan datang.

Ingat, kuantiti rempah ini perkara paling serius dalam penghasilan ayam gunting yang sedap. Dengan lebihkan rempah sahaja pelanggan akan berpusu-pusu memilih gerai kita sebagai gerai favorite mereka berbanding dengan gerai ayam gunting yang lain di sekitar kawasan itu walaupun dari jenama yang sama.

Saya dan abang-abang semua penggemar ayam gunting, dan kami selalu membanding-bandingkan gerai mana yang tidak kedekut rempah. Jika ada gerai yang berkira bab rempah[kedekut rempah], memang kami boikot terus ayam gunting kat gerai tersebut.

Kejayaan Usahawan Alis Fried Chicken

Credit:alimart

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *