Bisnes Terbaik Apabila Jual Sekali Dan Untung Dapat Berulang Kali

Tidak ada satu pun negara di dunia ini yang tidak terlibat dengan perniagaan, kerana semua pendapatan adalah dari perniagaan. Sektor perniagaan ini luas, asalkan ia bertujuan untuk mendapat keuntungan tidak kira dari pelbagai bentuk dan cara tetap dipanggil sebuah perniagaan.

Kerajaan mengutip cukai dari rakyat dan peniaga, ia juga satu bentuk perniagaan. Tetapi ramai yang salah anggap, ada yang menyalahkan kerajaan dengan menuduh kerajaan tidak pandai cari wang, cuma tahu mengerah duit rakyat sahaja.

Inilah perniagaan, ia tidak semestinya perlu membuka pasaraya, gedung, kilang dan sebagainya. Perniagaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan, jadi tidak kira lah dari apa jua bentuk perniagaan itu.

Kemelesetan ekonomi yang melanda negara kita sekarang adalah disebabkan oleh serangan wabak covid19 yang sehingga ke hari ini belum pulih sepenuhnya lagi. Malah negara-negara lain seperti Amerika, India, Filipina, Indonesia dan lain-lain negara luar sana masih lagi dalam keadaan parah.

Di Malaysia ramai yang kehilangan kerja, terpaksa mencari alternatif lain bagi mendapatkan pendapatan untuk menyara kehidupan dan tanggungan. Dalam situasi yang mana banyak perusahaan perniagaan terpaksa ditutup, namun ramai juga yang baru mula belajar berniaga.

Namun Perniagaan Apakah Yang Sesuai Dijalankan Pada Masa Sekarang ?

Kita sendiri dapat lihat sangat banyak perusahaan perniagaan yang gulung tikar akibat kesan dari pandemik ini. Kita yang baru ingin berjinak-jinak dengan bisnes pasti sedikit sukar dan banyak yang perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum memulakannya kerana bimbang akan risiko yang bakal ditanggung.

Pada pendapat saya, jika ingin memulakan apa-apa bisnes masa sekarang terlebih dahulu fikir akan risiko. Tidak guna berniaga sekerat jalan dan gulung tikar akibat gagal mendapatkan jualan dan tidak dapat menanggung kos sewa kedai, gaji dan penyelenggaraan lain.

Untuk mengelakkan dari menanggung kerugian yang besar, saya sarankan carilah sebuah perniagaan (bisnes) yang memberi pendapatan pasif dan dengan modal permulaan yang kecil. Baca pencerahan saya sampai habis, mungkin sedikit sebanyak boleh membuka minda dan idea setelah itu.

Salah satu bisnes yang memberi kita keuntungan atau pendapatan pasif adalah bisnes telco. Namun, saya tidak maksudkan kesemua jenis telco tetapi hanya beberapa telco yang diyakini mampu membayar komisyen dengan baik dan yang paling penting ianya telah terbukti dengan beberapa kejayaan sebelum ini dan telah diiktiraf.

Bisnes telco [Telekomunikasi] sangat berpotensi kerana ia melibatkan telefon, iaitu sebuah alat KEPERLUAN manusia di zaman berteknologi kini. Cara dan sistem mereka jalankan juga sangat mudah iaitu dengan hanya menjual simkad. Setiap orang yang tambah nilai, penjual (Dealer) tersebut akan mendapat komisyen daripada beberapa peratusan yang telah ditetapkan syarikat telko tersebut.

Bermakna anda hanya jual sekali kepada orang itu tetapi anda dapat keuntungannya berulang kali iaitu apabila pengguna simkad tersebut membuat tambah nilai (TOPUP). Mereka tambah nilan tidak perlu mencari kita, mereka hanya perlu membeli dimana-mana sahaja kedai yang menjual prepaid reload tersebut. Kita yang berada dirumah atau dimana sahaja tetap akan dibayar walaupun sedang tidur.

Senang bukan?, sistem ini akan terus berjalan dan kita teruskan menjual simkad sebanyak mungkin untuk menggandakan lagi pendapatan. Walau datang pelbagai masalah dan kegawatan ekonomi sekalipun, manusia tetap akan menggunakan telefon mereka dan akan terus membuat tambah nilai (topup) dan kita TERPAKSA menerima komisyen itu walau dalam keadaan apa sekalipun.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk pembaca semua dan bagi yang ingin mulakan sebarang bentuk perniagaan, terlebih dahulu carilah mentor dan dapatkan nasihat mereka.

1 thought on “Bisnes Terbaik Apabila Jual Sekali Dan Untung Dapat Berulang Kali”

Leave a Comment