TELEKOMUNIKASI

Kelajuan Internet Sekitar UMK Bachok Kelantan

67 / 100 SEO Score

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok kelantan terletak di kawasan Tangok dan Jelawat dalam daerah Bachok. Institusi pengajian tersebut beroperasi kira-kira hampir 10 tahun lalu.

Kawasan yang dahulunya kawasan pedalaman yang jauh dari bandar, kini lalulintas menjadi sibuk sejak adanya UMK dikawasan itu. Kedai-kedai makan semakin banyak, ada juga beberapa bangunan tengah dalam pembinaan disekitar laluan Tangok dan Jelawat.

Seorang Agen simkad Tonewow area Tumpat Kelantan ada bertanya berkenaan coverage internet Tonewow dikawasan Universiti Malaysia Kelantan UMK, kerana ada seorang rakannya yang baru sahaja mendapat tawaran ke UMK telah berminat dengan simkad tonewow . Jadi saya cuba kesana untuk menguji kelajuan internet Tonewow di kawasan tersebut.

Simkad Tonewow menggunakan coverage digi. Jadi, dimana ada digi disitu juga ada tonewow. Saya yang juga Dealer Simkad Tonewow terus kesana pada keesokan harinya.

Setelah sampai di hadapan pintu masuk UMK Bachok, saya terus keluarkan telefon dan muat turun speedtest by Oakla di playstore. Masa muat turun aplikasi tersebut memang sangat laju, line juga 4G+ dalam 3 ke 4 bar.

Masa tu saya sedikit jauh dari pintu masuk UMK, tetapi masih dikawasan luar pagar kampus tersebut. Untuk lebih tepat, saya pergi lebih dekat dengan pintu masuk utama. Disitu saya mulakan ujian kelajuan (speedtest) menggunakan aplikasi tersebut.

Jelas menunjukkan kawasan UMK Bachok mempunyai coverage digi yang kuat, mencapai 40mbps. Saya sempat membuat rakaman video semasa speedtest berjalan sebagai bukti yang menunjukkan internet Tonewow di sekitar UMK Bachok sangat memuaskan.

Speedtest Tonewow UMK Bachok

Jadi bagi mereka yang berada dikawasan UMK Bachok atau sekitar dengannya, bolehlah cuba menggunakan simkad tonewow kerana banyak manfaat dan kelebihan sebagai pengguna simkad tonewow.

Pelan terhangat simkad tonewow tawarkan iaitu 89GB data internet keseluruhan dan panggilan tanpa had kesemua rangkaian hanya dengan tambah nilai (topup) RM50 sahaja dan tempoh sah langganan 32 hari.

Selain percuma RM2000 khairat kematian, banyak lagi kelebihan lain seperti lucky draw, pakej umrah, percutian, dan cabutan bertuah terbesar tahunan dengan hadiah sehingga 500 ribu untuk dimenangi.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *