TELEKOMUNIKASI PERNIAGAAN

5 Sebab Kenapa Facebook Beli Whatsapp

https://zulmuhammad.com/5-sebab-kenapa-facebook-beli-whatsapp/
15 / 100 SEO Score

Facebook merupakan satu platform media sosial yang paling hangat sejak awal kemunculannya lagi. Hampir semua pengguna media sosial perlu memiliki akaun facebook sebagai alat untuk perkongsian segala hal dan saling berhubung antara satu sama lain.

Kemunculan aplikasi Whatsapp pada 2009 yang diasaskan oleh Brian Acton dan Jan Koum menjadi satu fenomena yang luar biasa dimana pengguna khidmat pesanan ringkas (permesejan) sebelum ini beralih kepada aplikasi Whatsapp sebagai alat komunikasi yang menjimatkan.

Whatsapp mengungguli carta kesemua aplikasi komunikasi lain dengan sangat pantas. Pada oktober 2011 sebanyak 1 billion mesej dihantar setiap hari melalui aplikasi whatsapp. Menjelang awal 2013, Whatsapp berjaya mengumpul seramai 200 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Pada febuari 2014, facebook telah membeli Whatsapp dengan harga 19 billion setelah kedua-dua belah pihak bersetuju. Namun persoalannya, kenapa facebook membeli whatsapp walaupun pendapatan whatsapp tidaklah begitu tinggi.

Antara Sebab Kukuh Kenapa Facebook Membeli Whatsapp

  1. Whatsapp telah mencatatkan pengguna aktif yang sangat tinggi dalam tempoh yang singkat.
  2. Dengan membeli Whatsapp, facebook dapat mengumpul lebih banyak data pengguna dengan sangat cepat.
  3. Google pernah cuba untuk membeli Whatsapp dengan harga 10 Billion, namun ditolak. Facebook semestinya tidak akan melepaskan peluang yang diinginkan google yang telah nampak potensi Whatsapp.
  4. Facebook akan lebih kukuh jika dihubungkan dengan aplikasi Whatsapp dan akan terus mengungguli carta Jejaring Sosial Paling Popular.
  5. Sebab kelima merupakan sebab UTAMA facebook sangat menginginkan Whatsapp adalah kerana, Whatsapp mampu menjadi pembunuh facebook pada bila-bila masa sahaja.

Untuk pengetahuan semua, pada penghujung 2017 Whatsapp berjaya merekod 1.5 billion pengguna aktif setiap bulan. Jadi inilah potensi besar Whatsapp yang diidamkan syarikat besar Google dan Facebook yang masing-masing cuba mengambil alih Whatsapp yang akhirnya berjaya dimiliki Facebook.

Kini Whatsapp tetap menjadi peneraju disektornya yang sukar ditandingi lagi buat masa ini. Permulaan yang sangat ringkas, perlahan-lahan menambah baik seperti panggilan suara, panggilan video, dan terbaru pada 2018 melancarkan Whatsapp Business.

Pengasas facebook Mark Zuckerberg‎ kini lebih selesa kerana kedua-dua facebook dan whatsapp miliknya saling berhubung akan mengukuhkan lagi kedudukan dijaringan media sosial seluruh dunia berbanding aplikasi dan platform media sosial (pesaing) yang lain.

sumber: malaysia.news.yahoo.com, businessofapps.com, buzzfeednews.com, creditfoto

Similar Posts

2 thoughts on “5 Sebab Kenapa Facebook Beli Whatsapp
  1. inilah dunia teknologi yang serba mencabar dan mengerunkan …

    setakat ini Whatsapp percuma dan Facebook juga percuma..

    dalam percuma mereka dapat perkara yang sangat berharga iaitu data manusia

    data ini adalah saluran paling ampuh untuk menjana semula kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *