Sebab Kenapa Orang Brazil Dikelaskan Sebagai Paling Bersih Di Dunia

Setiap negara mempunyai cara hidup yang berbeza. Soal kebersihan diri adalah sesuatu yang mustahak, ia melambangkan keperibadian seseorang.

Menurut banyak sumber, negara Brazil mempunyai rakyat yang sangat mementingkan soal kebersihan diri. Mereka yang pernah mempunyai sahabat orang brazil mesti sudah faham bagaimana cerewetnya mereka menjaga kebersihan.

Di Amerika, pada musim sejuk kebanyakan mereka akan mengelakkan diri dari menyentuh air, mereka tidak akan mandi jika keadaan tidak mendesak. Tetapi tidak bagi orang brazil yang berada di Amerika walaupun pada musim sejuk.

Orang Brazil Mampu Berendam Pada Musim Sejuk

Pernah berlaku satu kisah dimana Brazilian yang menumpang di rumah orang Amerika. Suatu hari dia mendapati tab mandi depenuhi barang, maka dia bertanya kepada tuan rumah sekiranya ada bilik air lain untuk dia mandi. Dengan perasaan terkejut tuan rumah menjawab, sekarang adalah musim sejuk, kenapa anda perlu mandi. Mungkin inilah antara sikap orang brazil sehingga dikategorikan sebagai masyarakat paling bersih didunia.

Jika kamu seorang peniaga makanan, jangan sesekali menyentuh bahan – bahan makanan dengan tangan jika pelanggan kamu orang brazil. Mereka pasti tidak akan datang lagi ke kedai kamu. Mereka juga sangat cerewet soal kebersihan makanan.

Sekiranya memerlukan pembantu rumah, carilah orang brazil kerana mereka tidak suka berada dalam suasana kotor. Pasti setiap sudut rumah dan halaman akan bersih dan nyaman.

Salah satu sumber ada mengatakan orang brazil mandi sehingga dua kali dalam sehari. Apa yang menghairankan, orang di Malaysia mandi 2 ke 3 kali dalam sehari. Ada juga sehingga 4 kali dalam sehari sewaktu musim panas.

Sumber:

2 thoughts on “Sebab Kenapa Orang Brazil Dikelaskan Sebagai Paling Bersih Di Dunia”

Leave a Comment