5 Selebriti Terkenal Kelahiran Amerika Syarikat Yang Memeluk Islam

Ramai selebriti hollywood kelahiran Amerika Syarikat telah memilih islam sebagai agama baru mereka. Senarai dibawah merupakan 5 orang selebriti terkenal Amerika yang telah memeluk islam.

Mike Tyson

Peninju terkenal, lahir pada 30 Jun 1966 di Bedford-Stuyvesant, New York City, New York, Amerika Syarikat. Nama sebenar Michael Gerard Tyson, telah menjuarai 50 kali dari 58 perlawanan yang disertai.

Mike Tyson memeluk agama Islam pada pertengahan tahun 1990 ketika beliau menjalani hukuman di penjara atas sabitan rogol.

Muhammad Ali

Muhammad Ali atau nama asal Cassius Marcellus Clay, peninju lagenda yang lahir pada 17 Januari 1942 di
Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Beliau pernah menjuarai 56 dari 61 perlawanan.

Telah memeluk islam pada pertengahan tahun 1960 dan mula belajar membaca AlQuran walaupun dalam keadaan kurang sihat kerana menghidap penyakit parkinson.

Malcolm X

foto dari The Atlantic

El-Hajj Malik El-Shabazz atau nama asal Malcolm X, merupakan seorang aktivis hak asasi manusia Amerika Syarikat. Malcolm X dikenali sebagai seorang ketua gerakan nasionalisme kulit hitam yang terkenal di Amerika Syarikat semasa hayatnya.

Beliau memeluk islam ketika sedang menjalani hukuman di penjara. Malcolm lahir pada 25 mei 1925 di North Omaha, Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat.

Ice Cube

Ice Cube merupakan seorang Rapper terkenal Amerika Syarikat. Lahir pada 15 jun 1969 di South Los Angeles, California, United States of America. Telah memeluk islam sekitar tahun 1990.

Apa yang membingunkan, menurut sumber, Ice Cube pernah ditemuramah pada 2017. “Saya akan menjalani kehidupan yang panjang, dan saya mungkin menukar agama tiga atau empat kali sebelum saya mati. Saya berada di hujung Islam – tetapi saya juga berada di hujung agama Kristian.” Saya juga mempunyai petua Buddha. Setiap orang mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada dunia. “

Apa maksud disebalik kenyataannya itu tidak dapat dihuraikan, dan kesahihan maklumat ini juga tidak dapat dipastikan.

Raekwon

Corey Woods adalah nama sebenar Raekwon, lahir pada 12 Januari 1970 di New York City, Amerika Syarikat. Merupakan seorang rapper terkenal Amerika.

Memeluk islam pada tahun 2009. Raekwon memberitahu bahawa Allah telah memberi dia kekuatan untuk perkara yang dia lakukan.

Segala maklumat ini tidak semestinya betul, apa yang dikongsi berdasarkan sumber – sumber yang diperoleh dan tidak dapat dipastikan kesahihannya. Jika rasa ianya bermanfaat, silalah kongsi kepada sahabat yang lain.

Sumber:

6 thoughts on “5 Selebriti Terkenal Kelahiran Amerika Syarikat Yang Memeluk Islam”

  1. biasa dengar mike tyson & M Ali je.. dakwah ajaran Islam di kalangan mereka yang berkulit hitam mmg power. Lagi pun Muslim di Afrike / Nigeria pn mmg dah ramai kan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *