Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Meninggal Dunia

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, 82, baharu sahaja meninggal dunia. Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan di laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak, sebentar tadi.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria

“Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria baharu sahaja meninggal dunia,” ujar Jabatan Mufti Negeri Perak, ringkas. Sebelum ini, Tan Sri menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh setelah disahkan positif Covid-19 11 Mei lalu.

Tan Sri Harussani Zakaria merupakan Seorang Ilmuan yang cukup berpengalaman luas.

Siapakah Tan Sri Harussani Zakaria

Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria adalah Mufti Perak. Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Isterinya Puan Sri Datin Seri Hajah Ainon binti Abdul Ghani. Anak 4 orang. Tinggal di 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak. Beliau meninggal dunia pada 30 Mei 2021, enam hari selepas dimasukkan ke ICU setelah dijangkiti COVID-19.

-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Darul Ridzuan (Oktober 2000 – Mei 2021)
-Pengerusi Jawatankusa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan
-Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam
-Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran (KDN – Timbalan Pengerusi)
-Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
-Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
-Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Niaga Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
-Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak) Perak Darul Ridzuan
-Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
-Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasional Sdn. Bhd.
-Yang DiPertua Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak
-Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej UNISMA
-Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri
-Ahli Dewan Negara Negeri Perak
-Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan
-Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan
-Penceramah jemputan di masjid-masjid dan institusi agama di seluruh negara.
-Panel jemputan dalam forum-forum agama anjuran jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian-kementerian dalam dan luar negara.

Semoga Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah..

Sumber: Harakahdaily, wikipedia

Leave a Comment