Khasiat Dan Kebaikan Jus Alwiqoyah

Sebagai seorang peniaga, saya sentiasa sibuk dengan aktiviti perniagaan harian. Jarang sekali badan ni berpeluh memandangkan tugas harian saya tidaklah berat mana. Kadang-kadang badan terasa sakit-sakit, sesekali nak bernafas pun sangkut.

Penyakit yang paling saya bimbang ialah berkenaan buah pinggang. Maklumlah ada saudara terdekat yang mempunyai masalah kegagalan buah pinggang dan memerlukan dialisis hingga 3 kali dalam seminggu. Saya sepatutnya lebih risaukan masalah jantung memandangkan selalu juga sangkut nafas terutamanya semasa baring.

Oleh kerana takut nak ke klinik buat pemeriksaan, saya selalu juga lah google mencari info berkenaan masalah buah pinggang, penyebab, dan simptom-simptom penyakit buah pinggang. Saya lihat beberapa video testimoni pengguna produk Jus Al wiqoyah ni di facebook.

Melihat kepada perubahan kepada penghidap masalah buah pinggang yang semakin sihat setelah mengamalkan Jus Alwiqoyah, saya semakin yakin bahawa produk ini memang boleh membantu. Serba sedikit informasi berkenaan produk Jus Alwiqoyah saya kongsikan didalam artikel ini.

Apa Khasiat Dan Kelebihan Jus Alwiqoyah ?

Jus Alwiqoyah Original HQ

Jus Alwiqoyah adalah produk kesihatan yang dirumuskan khas untuk membantu mengurangkan masalah buah pinggang. Kajian menunjukkan bahan-bahan yang terdapat didalam Jus Alwiqoyah mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang mampu membantu dalam proses mengembalikan kestabilan buah pinggang.

Empat bahan utama yang terdapat dalam Jus Alwiqoyah antaranya, Arabic Gum, Roselle, Stevia dan Vitamin C. Sebenarnya ada satu lagi bahan iaitu Premix mineral.

Bahan-bahan yang terkandung didalam Jus Alwiqoyah mempunyai fungsi tersendiri yang dikatakan mampu memberikan tindakbalas yang luar biasa kepada pengamalnya. Bukan sahaja baik untuk buah pinggang, tetapi baik juga untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Betul lah kata seorang doktor yang saya kenal, katanya jika pesakit buah pinggang yang ada kencing manis atau tekanan darah tinggi, maka haruslah beliau merawat kedua-dua penyakit tersebut dahulu dan barulah rawat buah pinggang.

Jadi, Jus Alwiqoyah bukan sahaja fokus kepada masalah buah pinggang atau ginjal sahaja, tetapi penyebab kepada terjadinya masalah kerosakan buah pinggang juga dirawat dalam masa yang sama.

Fungsi 4 Bahan Utama Dalam Jus Alwiqoyah

Arabic Gum
Antara kelebihan Arabic Gum adalah, boleh meningkatkan fungsi buah pinggang , mampu menurunkan kadar kolestrol, dapat mengawal gula dalam darah , dapat mengurangkan masalah sembelit, menggalakan pencernaan dengan baik, dan menguatkan sistem dalam badan.

Roselle
Roselle pula membantu proses pencernaan, mengatasi tekanan darah tinggi, meningkatkan sistem imunisasi, mampu melindungi kesihatan jantung, melancarkan peredaran darah, berfungsi mencegah radang pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.

Vitamin c
Vitamin C bukan sahaja untuk kulit nampak cantik sahaja, ia juga boleh merendakan tekanan darah tinggi, memastikan saluran darah mengembang dengan baik, membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam darah , mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes.

Stevia
Seperti yang kita ketahui stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori, selain boleh menurunkan tekanan darah, stevia juga mampu menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah.

Masalah kegagalan fungsi buah pinggang kini bukan sahaja terjadi kepda orang tua-tua tetapi mereka yang berumur 25 hingga 40 tahun juga ramai. Kalau perasan, dikawasan sekitar kita pusat rawatan dialisis semakin banyak dibuka. Ini menandakan bahawa pesakit ginjal semakin meningkat dari hari ke hari dan ramai yang memerlukan rawatan dialisis.

Ramai pesakit yang pada awalnya langsung tidak tahu bahawa buah pinggangnya semakin rosak. Sebenarnya kerosakan tersebut akan menunjukkan beberapa tanda-tanda, namun ramai yang tidak perasan atau tidak ambil tahu. Mungkin disebabkan kurang pengetahuan dan pendedahan berkenaan masalah ginjal dan tanda-tanda awal.

Antara Masalah Yang Biasa Dihadapi Pesakit Buah Pinggang Adalah Seperti Berikut

Air kencing mula berbuih, menunjukkan tanda-tanda protin mula hadir dalam urin. Selalu sakit dibahagian pinggang, hilang selera makan, kepenatan yang berlebihan, tidur terganggu, masalah pembuangan air kecil dan besar yang tidak lawas, serta banyak lagi masalah lain.

Beberapa keratan testimoni dan video testimoni pengguna Jus Alwiqoyah yang berjaya meningkatkan tahap kesihatan buah pingang mereka, boleh lihat di pautan ini. >>https://alwiqoyah.com.my/

Sekiranya ada sahabat diluar sana yang merasakan tanda-tanda seperti diatas mula hadir, maka cepat-cepat lah membuat pemeriksaan di klinik atau hospital dengan segera. Pemeriksaan kesihatan sepatutnya perlu dilakukan walaupun tidak merasa apa-apa tanda. Kini ramai pesakit buah pinggang yang tidak menyedari bahawa mereka mengalami masalah tersebut pada peringkat awal. Mereka hadir membuat pemeriksaan setelah keadaan sudah teruk, ini menyukarkan proses rawatan dan penyembuhan.

Jadi alternatif kita sekarang ialah, mula amalkan makanan berkhasiat dan ambil pemakanan tambahan yang terbukti mampu memperbaiki dan mencegah daripada terjadinya masalah kegagalan buah pinggang. Elakkan diri kita dari terpaksa melakukan rawatan dialisis yang akan memakan belanja yang besar.

Saya bukanlah pengedar produk Alwiqoyah, saya hanya berkongsi info yang diperolehi dari pelbagai sumber yang mungkin bermanfaat untuk sahabat dan pesakit-pesakit buah pinggang yang masih mencari-cari kaedah terbaik untuk perbaiki tahap kesihatan mereka.

Sumber:
https://ikhtiaralwiqoyah.com/
https://alwiqoyah.com.my

1 thought on “Khasiat Dan Kebaikan Jus Alwiqoyah”

  1. Pingback: Senarai 10 Pusat Dialisis Kuala Lumpur Dan Selangor Khas Untuk Pesakit Buah Pinggang | Zul Muhammad

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *