Lirik Lagu Empat Dara 2020, Penyanyi Elly Mazlein, Faizal Tahir, Zizi Kirana

Lagu Empat Dara menjadi tular di media sosial setelah Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom menyanyikan lagu tersebut di laman instagram miliknya beberapa bulan yang lalu.

Beliau meminta pengikutnya untuk turut menyanyikan lagu tersebut dengan gaya tersendiri dengan tawaran hadiah RM100. Seterusnya lagu ini menjadi viral dan mendapat perhatian ramai termasuk dikalangan selebriti sendiri.

Tajuk Lagu : Empat Dara 2020

Penyanyi : Elly Mazlein, Faizal Tahir, Zizi Kirana

Komposer : Atan Ahmad, Ahmad Jusoh, Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Mambang

Penerbit : Adib Sin, Faizal Tahir & Mike Chan

Lirik Lagu Empat Dara 2020

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu
Faizal, masuk!

Ayy, satu, dua, tiga
Empat anak dara
Semua orang tahu aku boleh mengira
Tapi kalau hilang satu anak dara
Bikin risau satu negara, ayy

Semua anak dara (semua anak dara)
Jangan mudah percaya janji si teruna (eh)
Jangan mudah terperdaya dengan dunia
Hanya ilusi semata

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu (ha, masuk!)
Empat dara duduk di tepi sungai (ayy, ayy)
Duduk menjerat si ketam la batu
Ha, Zizi, masuk!

Boleh, satu, dua, tiga, empat (kira, kira, kira)
Empat dara tunggu Jebat (Jebat)
Mana teruna? Cuba dekat (mari sini, mari sini)
Itu yang tak kenal tempat tolong halang mohon sekat

Empat, tiga, dua, satu (satu)
Macam hitam merah jambu (BLACKPINK in your area)
Pilih bias mana satu? (Aha)
Lain rezki, lain laku, lain pinggan, lain waktu

Empat dara duduk di tepi sungai (ayy)
Duduk menjerat si ketam la batu, ha, masuk!

Empat dara duduk di tepi sungai (oh, oh)
Duduk menjerat si ketam la batu
Aku masuk!

Hai, anak dara semua
Cantik melaram batik
Lembut berbahasa
Indah rupa budi
Bagai bulan dipagar bintang

Empat dara duduk di tepi sungai (oh)
Duduk menjerat si ketam la batu (ha, masuk!)

Empat dara duduk di tepi sungai, ayy
Duduk menjerat si ketam la batu (ala, ketam batu)
Apo kepit?

Empat Dara 2020

Karya Asal Lagu Empat Dara

Lagu Empat Dara dara pernah dinyanyikan semula oleh artis terkenal tanah air antaranya Allahyarhamah Dato’ Syarifah Aini, Noranizah Idris, Dato’ Siti Norhaliza, dan ramai lagi.

Pencipta asal lagu Empat Dara adalah Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh @ Ahmad Yusoh. Dan lagu ini dirakam sendiri oleh Ahmad Jusoh sebelum dipopularkan kembali oleh penyanyi lain.

Lagu ini berkisahkan empat orang anak dara. Memandangkan pencipta lagu ini semasa itu bekerja dengan syarikay feri penambang, Muar, yang sentiasa bermain dengan sungai.

Sedikit latar belakang kisah penyanyi Ahmad Jusoh, dikatakan seorang yang sangat tampan dan digilai ramai anak gadis. Keadaan ini menyebabkan beliau sukar membuat pilihan untuk mencari pasangan hidup.

Sebenarnya, Faizal Tahir pernah menyanyikan lagu Empat Dara lebih kurang 13 tahun lalu di sebuah Konsert “Ghazal Rock” pada 2008, yang merupakan sebuah program unik berkonsepkan ‘muzikal dua genre’ iaitu menggabungkan irama ghazal dan rock yang dihoskan oleh Ally Iskandar dan Faizal Ismail.

Sumber

Leave a Comment