Air kelapa banyak khasiatnya walaupun rasanya manis tetapi baik untuk tubuh badan kita. Air kelapa mengandungi nilai kalori yang sangat rendah, dan mudah dicerna dalam bentuk gula dan elektrolit. Khasiat yang terkandung dalam air kelapa seperti hormon – hormon tumbuhan, enzim, vitamin c, kalium, sodium, mineral dan protin.
Air kelapa sangat laris terutamanya ketika di bulan puasa. Air kelapa menjadi minuman yang sentiasa dicari untuk melegakan kehausan dalam cuaca panas di Malaysia. Air kelapa juga diambil bagi melegakan keracunan makanan dan cirit – birit, juga diambil setelah kehilangan air yang banyak dari senaman atau melakukan kerja berat.
Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Hamil
Air kelapa sering dicari oleh kaum ibu yang sedang hamil, dikatakan sangat baik untuk anak dalam kandungan. Sebenarnya ia memberi khasiat yang lebik banyak untuk si ibu yang mengandung. Tetapi rata – rata percaya pengambilan air kelapa ketika hamil berkesan untuk mereka yang inginkan anak yang berkulit cerah dan gebu.
Sebenarnya Air Kelapa boleh meningkatkan imuniti ibu hamil kerana dalam air kelapa mengandungi potasium, kalsium, klorida, mineral, dan kandungan anti oksida. Imuniti yang kuat sangat membantu badan si ibu dalam melawan pelbagai penyakit. Ia akan melindungi ibu dan bayi dalam kandungan terhadap pelbagai jangkitan.
Selain itu ia juga dapat membantu mengawal paras gula dalam darah, mengawal tekanan darah dan melancarkan peredaran darah. Semasa hamil, kandungan gula dan tekanan darah sangat dijaga bagi memastikan si ibu dan anak dalam kendungan tidak mengalami sebarang komplikasi dan kesukaran dalam melahirkan nanti.
Masalah salur kencing juga sering berlaku semasa hamil, selalu kita dengar doktor memberitahu bahawa air kencing kita kotor kerana mungkin terkena jangkitan salur kencing. Air kelapa membantu dalam membersihkan saluran dan pundi kencing kerana kandungan air kelapa terdapat antibakterial, anti fungi dan antiviral.
Air kelapa juga baik dalam masalah pedih ulu hati, masalah sembelit dan menghalang dehidrasi dan kelesuan bagi ibu hamil dan juga baik dalam perkembangan janin dalam kandungan. Air kelapa juga mampu mengawal lemak, mengurangkan kolesterol dalam badan agar badan sentiasa cantik.

Bolehkan Air Kelapa Diminum Bersama Ubat – Ubatan ?
Menurut salah satu sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia KKM menerusi artikelnya di media sosial facebook KKM, pengambilan air kelapa bagi pesakit hipertensi atau tekanan darah tinggi bersama ubat – ubatan tidak digalakkan minum berlebihan kerana bimbang boleh jadi tekanan darah rendah.
Untuk pesakit kekurangan fungsi buah pinggang juga tidak digalakkan kerana bimbang risiko Hiperkalemia jika diambil dalam jumlah yang banyak. Hal ini kerana air kelapa mengandungi garam potasium yang ketara mungkin boleh menerukkan lagi keadaan individu tersebut.
Walau bagaimanapun, air kelapa selamat diminum cuma haruslah berpada – pada bagi mereka yang menghadapi masalah seperti yang disebutkan diatas terutama bagi mereka yang minum bersama ubat – ubatan dan diambil secara berlebihan.
Apakah Hiperkalemia?? Hiperkalemia adalah keadaan dimana jumlah elektrolit KALIUM dalam badan terlalu tinggi. Keadaan ini biasa ditemui pada pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Ada juga disebabkan dehidrasi, dan boleh terjadi juga disebabkan kesan dari pengambilan ubat – ubatan tertentu membawa kepada terjadinya hiperkalemia.
Jika kamu pernah dengan perkongsian dari youtuber terkenal Dr. Noordin Darus (DND) dalam videonya di youtube, pasti ramai yang setuju bahawa pengambilan air kelapa muda sangat baik dan memang diperlukan untuk tubuh badan kita. Banyak perkongsian beliau mengenai kesihatan dan pengalaman yang dikongsi sebagai pesakit kanser.
Baru – baru ini saya ada menonton siarannya mengenai manfaat bawang putih dan cara pengambilan bawang putih yang betul supaya khasiat dan fungsinya tidak hilang. Maklumlah sejak menularnya wabak covid-19, ramai yang sebar menyeru orang ramai untuk makan bawang putih banyak – banyak untuk melawan virus korona, boleh jadi betul tetapi cara pengambilan itu mestilah juga betul.
Beliau selalu menekankan berkenaan pengambilan air kelapa dalam pemakanan harian sekurang – kurangnya dalam seminggu mesti dapatkan juga. Malah, beliau meminta kita semua supaya minum air kelapa muda asli dan makan bersama isinya juga merupakan diet yang baik dan boleh mengenyangkan.
Bagaimana Pula Jika Air Kelapa Dicampur Lemon ?
Kita selalu dengar ada yang mengamalkan pengambilan air kelapa bersama perahan lemon atau limau. Petua ini mungkin daripada pengalaman orang tua – tua dulu, mereka minum air kelapa bukan hanya untuk melegakan tekak semata – mata tetapi sebagai ubat pelbagai masalah kesihatan.
Campuran Hirisan Lemon Dan Nenas Dalam Air Kelapa
Selain membekalkan elektrolit kepada tubuh badan,air kelapa juga mampu menjaga kesihatan kulit dan jantung. Untuk hasil yang lebih optimal, menurut salah satu sumber yang diperoleh, air kelapa boleh dicampur dengan hirisan lemon dan nenas.
Nenas dan lemon adalah sumber vitamin C dan Sebagai antioksidan yang bagus. Kedua zat ini mampu dalam melawan pembentukan radikal bebas di dalam badan seseorang. Dengan menitisnya ke dalam air kelapa boleh meningkatkan nilai gizi dalam minuman air kelapa tersebut.
Apakah Itu Elektrolit ?
Khasiat air kelapa sering dikaitkan dengan elektrolit, namun pasti ramai yang tidak tahu apakah elektrolit yang dimaksudkan? dan kenapa pentingnya elektrolit kepada tubuh badan?. Kebanyakan dari kita sudah tahu bahawa air kelapa boleh meningkatkan elektrolit yang sangat diperlukan tubuh badan kita tetapi tidak kebanyakannya langsung tidak tahu apakah itu elektrolit.
Elektrolit adalah jenis mineral di dalam tubuh badan kita yang membawa cas elektrik samada cas positif atau negatif. Contoh elektrolik seperti natrium (Na+), Kalium (K+), Klorida (C1-), Potasium, dan banyak lagi.
Fungsi elektrolit adalah ditugaskan dalam mengawal dari segi mengekalkan tekanan osmotik dan taburan air dalam badan kita. Selain itu elektrolit berfungsi dalam menjaga sistem saraf, membantu pengecupan otot dan keseimbangan ph dalam badan.
Jika dilihat secara SAINS, memang nampak rumit tetapi jelas bahawa elektrolit sangat penting kepada tubuh badan kita. Cara yang mudah untuk kita faham, pengambilan air kelapa sangat baik dalam membantu sistem dalam badan kita bekerja. Jika sistem didalamnya dapat berfungsi dengan lancar, maka badan kita juga turut sama lancar dan sihat.
Rujukan: foto, fb KKM, idntimes, jawapanpos, theasianparent, klikdokter, fb cendawan susu harimau, sahabatnestle, alodokter