KESIHATAN

Awas, Pengambilan bawang Putih Berlebihan Boleh Memudaratkan

Awas, Pengambilan bawang Putih Berlebihan Boleh Memudaratkan

Bawang putih atau Garlic bagus sebagai antibiotik natural. Antibiotik semulajadi bawang putih mampu melawan bakteria, virus, cacing, parasit dan seangkatan dengannya. Zaman dahulu, orang tua – tua menggunakan bawang putih untuk masalah cacing kerawit anak – anak.

Walaupun begitu, bukan bermaksud jika seseorang terkena jangkitan covid-19, kena makan bawang putih banyak – banyak untuk melawan virus tersebut, tolong jangan salah faham. Kerana pengambilan bawang putih sebenarnya ada hadnya juga, tanpa kawalan boleh memudaratkan.

Kelebihan dan khasiat bawang putih sangat banyak, antaranya boleh meningkatkan metabolisma badan, boleh melegakan sakit gigi dengan mengunyah bawang putih mentah. Selain itu, bawang putih juga boleh mengurangkan elergik, namun untuk sesetengah individu tidak sesuai.

Dalam banyak – banyak kelebihan pengambilan bawang putih, jangan terlalu berlebihan kerana ia juga boleh memudaratkan. Tidak semua benda berkhasiat boleh diambil berlebihan secara langsung. Untuk bawang putih, jika dalam masakan mungkin tiada masalah kerana ianya telah masak dan banyak kandungan didalamnya sudah dikurangkan.

Ramai yang salah faham, asalkan sesuatu benda itu bagus untuk kesihatan ianya boleh diambil dari pelbagai cara. Sebenarnya mereka silap, pengambilan bawang putih yang betul – betul membawa kepada penawar ialah secara mentah. Namun, perlu dikunyah atau ditumbuk lumat terlebih dahulu barulah boleh dapat khasiat sebenar.

Jangan mengambil bawang putih secara langsung 2 minggu sebelum pembedahan dan 2 minggu selepas pembedahan atau operation.

Pengambilan bawang putih boleh menyebabkan berlaku pendarahan jika diambil dalam tempoh waktu tertentu untuk mereka yang melakukan pembedahan. Awas ya, waktu ini sangat penting untuk mereka elakkan dari mengambil bawang putih terutamanya secara mentah. Ini kerana salah satu khasiat bawang putih ialah boleh mencairkan darah.

Bawang putih mentah hanya boleh diambil dari satu ke empat ulas sahaja dalam sehari jika secara mentah. Namun, jika sudah dimasak ianya tidak lagi menjadi masalah. Malah khasiatnya juga berkurangan jika bawang putih tersebut telah direbus atau dalam masakan.

Untuk bawang putih jenis serbuk yang sudah diproses, yang ada dijual dipasar – pasar, pasaraya, jangan mengambilnya melebihi 1gram dalam sehari kerana ia juga boleh memudaratkan.

Ingat, khasiat dalam sesuatu benda tidak semestinya sesuai untuk semua orang, kerana tahap kesihatan seseorang itu tidak sama. Manakala pengambilannya juga haruslah dengan cara yang betul untuk mendapat khasiat semaksimun yang mungkin, jika tidak zat – zat dan khasiat dalam sesuatu bahan itu boleh berkurang dan hilang begitu sahaja.

sumber: Youtube Dr. Noordin Darus, foto

Similar Posts

0 thoughts on “Awas, Pengambilan bawang Putih Berlebihan Boleh Memudaratkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *