Inilah Alasan Kenapa Telur Kura-kura Halal Dimakan

Mesti masih ramai juga yang belum tahu bahawa telur kura-kura sebenarnya boleh dimakan, begitu juga dengan telur penyu. Namun persoalannya, kenapa kura-kura tidak boleh dimakan?

Dalam islam, jenis haiwan yang haram dimakan mestilah mempunyai dalil yang mengatakan perkara tersebut kerana pada asalnya, semua haiwan boleh dimakan kecuali anjing dan babi . Contohnya haiwan yang hidup dua alam haram dimakan kerana adanya dalil yang mengatakan perkara tersebut.

Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya, jika haiwan tersebut hidup di air tetapi hanya naik ke darat sekejap sahaja dan kembali kedalam air maka haiwan tersebut tidak tergolong dalam kalangan haiwan hidup dua alam.

Menurut Mazhab Syafie, semua telur haiwan halal dimakan. Namun telur haiwan berbisa seperti ular diharamkan kerana berkemungkinan akan memudaratkan.

Adakah Telur Buaya Boleh Dimakan?

Jawapannya YA, jika tidak memudaratkan maka ia boleh dimakan. Namun, dengan teknologi yang serba canggih sekarang ini, jika dapat dikaji bahawa telur buaya boleh memudaratkan kesihatan, maka telur buaya haram dimakan.

Itulah yang dimaksudkan, kerana pada asalnya semua jenis telur haiwan halal dimakan dan dianggap suci kecuali terdapat dalil yang mengatakan telur tersebut haram dimakan atau telah dikaji bahawa telur haiwan tersebut boleh memudaratkan.

Telur kura-kura mungkin tidak dijual di kedai-kedai namun ia mungkin boleh didapati sekitar pantai timur di kawasan kampung. Kura-kura makan tumbuhan dan sesetengah ada yang makan haiwan kecil seperti cacing, dan ia membiak dengan bertelur didalam sarang yang dibinanya.

Ada jawapan yang sangat kelakar dari Ustaz Azhar Idrus mengenai persoalan kenapa telur penyu boleh dimakan namun daging penyu tidak boleh dimakan. Kata UAI, “susu ibu halal kita minum, namun bolehkah kita goreng ibu kita dan makan”?, fikir – fikirkan.

Wallahu a’lam.

sumber:

3 thoughts on “Inilah Alasan Kenapa Telur Kura-kura Halal Dimakan”

Leave a Comment