Bila Tidur Mengiring Sebelah Kiri Nafas Jadi Sangkut

Sebenarnya tidak semua sesak nafas melibatkan masalah jantung, mungkin juga sebab lain. Contohnya, ada gangguan salur pernafasan akibat alergi, keadaan cemas atau panik, otot dada jadi tegang akibat kerja berat, gangguan paru – paru seperti radang jaringan paru – paru dan lain – lain.

Sebelum ini, saya memang suka tidur berpaling sebelah kiri, sebab rasa lebih selesa. Beberapa bulan lalu, keadaan itu berlaku kepada saya sendiri. Apabila tidur pusing saja sebelah kiri, rasa seperti ada sumbatan di jantung jadi tidak boleh tarik nafas panjang, kena cepat – cepat pusing semula ke sebelah kanan dan dalam dua minit baru lega.

Saya jenis yang takut ke klinik buat pemeriksaan kesihatan walaupun keadaan saya bertambah teruk. Saya mula rasa tahap kesihatan saya semakit merosot. Kencing saya juga semakin berbuih dan rasa panas dan sedikit pedih masa buang air kecil. Keadaan ini membuatkan saya semakin takut tetapi masih tidak berani ke klinik.

Setelah itu ,saya banyak google mencari maklumat berkaitan masalah kesihatan yang saya sedang alami. Apa yang saya jumpa berkenaan dengan masalah buang air kecil, hampir 60 peratus saya mungkin ada masalah buah pinggang. Jadi, saya buat kesimpulan sendiri tanpa ke klinik. “Mungkin saya ada masalah jantung dan juga buah pinggang” [ginjal], lain – lain masalah mungkin tiada jika ikut kepada beberapa simptom yang saya alami.

Walaupun begitu, saya masih takut ke klinik terutamanya jika berkaitan masalah buah pinggang dan jika teruk pasti akan memerlukan rawatan dialisis, itulah yang bermain di fikiran saya. Saya lebih memilih untuk kawal dalam pemakanan harian terutamanya dalam pengambilan gula, kerana salah satu punca kegagalan ginjal adalah Diabetis Mellitus (Kencing Manis).

Ditemukan Dengan Produk Ajaib

Saya seorang pengusaha santan segar, setiap hari saya akan siapkan semua tempahan dan hantar kepada pelanggan. Alhamdulillah, saya dikenalkan dengan satu produk ajaib oleh salah seorang pelanggan saya. Masa mula – mula pelanggan saya promot produk ni, saya kurang tertarik kerana bagi saya harganya mahal iaitu 100 ringgit, tetapi untuk saya die bagi RM90 sahaja, dan ia masih lagi mahal pada saya.

Fikir punya fikir, beberapa minggu kemudian saya beli satu kotak. Dia tawarkan supaya saya terus ambil dua kotak dan terus jadi ahli, dan pembelian kali ketiga dan seterusnya menjadi lebih murah iaitu RM70 sahaja. Tetapi saya memilih untuk cuba satu kotak sahaja, jika tiada kesan maka cukup lah setakat ini.

Ikut saranan sebenar, pengambilannya dua sachet sehari pagi dan malam, tetapi oleh kerana didalamnya hanya 15 sachet sahaja, saya ambil sekali sahaja dalam sehari pada waktu malam sebelum tidur. Mashaallah, 4 hari saya cirit – birit dan lebih kurang seminggu setelah itu berlaku sesuatu yang sangat ajaib.

Sebelah kiri katil, saya tempatkan laptop, sambil baring bolehlah saya menulis blog sambil – sambil layan movie. Secara tak sengaja, saya mengiring kekiri dalam tempoh yang agak lama, apa yang ajaibnya, saya tidak lagi rasa sakit dada bila tarik nafas dan tiada sangkut – sangkut lagi. Masa tu rasa syukur sangat – sangat kepada Allah S.W.T. kerana kembalikan “kenikmatan” ini.

Bukan itu sahaja, kecing saya mula kurang berbuih, rasa pedih dan panas pada kemaluan semasa membuang air kecil hampir 90 peratus hilang. Saya percaya dengan pengambilan produk ajaib inilah kesihatan saya semakin baik dengan izin Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa.

Semasa saya menulis artikel ini, masih tinggal 2 sachet untuk kotak pertama saya. Insyaallah, saya akan konsisten untuk kotak kedua dan terus jadi ahli, maka untuk kotak ke 3 akan menjadi lebih murah. Saya bercadang untuk kenalkan kepada saudara – mara yang menderita pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, kencing manis, darah tinggi supaya mereka kembali sihat dengan izin Allah S.W.T..

Banyak sebenarnya testimoni mereka yang telah berjaya melawan penyakit melalui pengambilan produk ini antaranya pesakit lumpuh, pesakit buah pinggang, masalah prostat, tumor, dan banyak lagi akan saya kongsikan dalam artikel akan datang, insyaallah.

Kepada mereka yang mempunyai masalah seperti saya atau jenis yang takut ke klinik membuat pemeriksaan kesihatan, bolehlah cuba cara saya. Namun, saya sarankan semoga rakan – rakan tidak jadi seperti saya, seharusnya beranikanlah diri ke klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan tahap kesihatan kita, supaya senang untuk kita kawal pemakanan atau mencari alternatif lain yang lebih tepat kepada masalah kesihatan kita.

Produk yang saya maksudkan ialah MD7 “NTDOT”. Produk pemakanan tambahan terbaik, boleh dijadikan sebagai rawatan atau terapi alternatif untuk tubuh badan kita. Saya sangat mengesyorkan kepada rakan – rakan, tuan puan, adk kakak yang mempunyai masalah kesihatan boleh cuba amalkan NTDOT ni, insyaallah kesannya sangat cepat bergantung pada masalah kesihatan masing – masing. Sama – sama kita ikhtiar, sekian.

Apakah Sebenarnya Terapi NTDOT👈

credit: alodoktor,foto

Leave a Comment