Waktu Paling Tepat Daftar i-Sinar Untuk Pengeluaran KWSP Akaun 1

Waktu Paling Tepat Daftar i-Sinar Untuk Pengeluaran KWSP Akaun 1

Seperti yang telah dinyatakan dalam laman web rasmi KWSP, tarikh permohonan i-Sinar untuk pengeluaran kwsp akaun 1 ialah pada 21 disember 2020.

Namun tarikh tersebut hanya untuk pencarum dalam senarai kategori 1. Manakala untuk kategori 2, permohona i-Sinar boleh dibuat pada 11 januari 2021. Pemohon tidak perlu ke cawangan kwsp untuk membuat permohonan i-Sinar, semua permohonan hanya dibuat dalam talian di laman isinar.kwsp.gov.my.

Apakah Perbezaan Kategori 1 Dan Kategori 2

Pihak kwsp mengkelaskan dua kategori adalah seperti berikut. (Lihat Rujukan Dibawah)

Waktu Paling Sesuai Untuk Membuat Permohonan i-Sinar

Sebelum ini, kwsp membenarkan pencarum membuat permohonan i-Lestari untuk pengeluaran akaun 2 kwsp, dan tarikh telah diberitahu lebih awal tetapi ramai yang tidak berjaya membuat permohonan tersebut dan perlu mencuba beberapa kali.

Hal ini berlaku kerana laman kwsp sukar untuk dibuka akibat permohonan yang terlalu banyak dilakukan serentak menyebabkan berlaku kesesakan talian. Boleh jadi sistem tidak mampu menampung jumlah pelawat yang besar dan mengakibatkan permohonan sukar dibuat waktu itu.

Waktu yang paling tepat ialah pada awal pagi tarikh 21 disember. Pada permohonan i-Lestari lalu, saya membuka laman kwsp pada sekitar pukul 4 pagi untuk membuat permohonan. Waktu itu sebahagian besar masih belum bangun, dan jumlah pelawat di laman kwsp waktu itu tidak begitu ramai. Permohonan sangat mudah dan lancar kerana tidak berlaku kesesakan talian waktu awal pagi.

Begitu juga untuk pemohon dalam kategori 2 iaitu pada 11 januari. Saya sarankan buatlah permohonan pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakan talian.

I-SINAR diperkenalkan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19. Peluang ini diberikan kepada rakyat supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup yang mencabar ini.

Adakah penerima i-Lestari boleh memohon i-Sinar?

Walaupun ada yang baru sahaja membuat permohonan i-Lestari dan telah menerima bayaran bulan pertama, tetap boleh membuat permohonan i-Sinar. Itulah yang diberitahu di laman isinar.kwsp.gov.my.

1 thought on “Waktu Paling Tepat Daftar i-Sinar Untuk Pengeluaran KWSP Akaun 1”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *