vaksin lulus
KESIHATAN

Vaksin Pfizer Lulus NPRA KKM

Malaysia dijangka akan menerima bekalan vaksin Pfizer pada febuari ini setelah diuji dan mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM).

Penggunaan vaksin milik syarikat farmasi dari Amerika Syarikat itu disahkan selamat untuk digunakan. Menurut Khairy Jamaluddin, KKM telah memberikan kelulusan bersyarat kepada penggunaan vaksin Pfizer di Malaysia.

“Saya baru sahaja terima makluman daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa kita telah menerima pendaftaran bersyarat kepada vaksin Covid-19 daripada Pfizer.

“Kita masih menunggu beberapa syarat yang kita perlu dapat daripada Pfizer dari segi maklumat.

“Ini bermaksud, dengan pendaftaran bersyarat ini, vaksin Covid-19 daripada Pfizer boleh digunakan di Malaysia,” kata Khairy dalam rancangan temu bual, Consider This di Astro Awani pada Jumaat.

Vaksin Pfizer

Virus Korona semakin aktif mencari perumah baru, bukan sahaja di negara kita tetapi seluruh dunia dapat merasainya. Buat masa sekarang, suntikan vaksin sahaja lah yang boleh kita ikhtiarkan bagi menghentikan dari ia terus merebak.

Baca Artikel Berkaitan >> Cara Bagaimana Vaksin Dihasilkan

Dalam usaha kerajaan untuk mendapatkan vaksin covid-19 , ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab terutama dikalangan mereka yang “Anti-Vaksin” sengaja menyebarkan info yang tidak berasas untuk menakut-nakutkan orang ramai tentang bahayanya pengambilan vaksin.

Masih ramai yang salah faham berkenaan vaksin dan fungsinya terhadap tubuh badan. Mereka menganggap vaksin ini seperti ubat yang berfungsi untuk membunuh virus. Sebenarnya tidak, vaksin bertindak seolah – olah untuk memberitahu kepada sistem imuniti dalam badan supaya mengenali virus tersebut dan bersedia untuk melawan jika virus sebenar datang.

Vaksin boleh dikatakan sebagai penyamar kepada virus sebenar. Kandungan antigen dalam vaksin akan merangsang sistem imuniti badan supaya menghasilkan antibodi yang khusus untuk melawan jenis virus tersebut.

Jadi, yang menyembuhkan seseorang jika dijangkiti virus bukanlah vaksin tetapi sistem imuniti badan pesakit itu sendiri.

Sokonglah usaha kerajaan dalam membasmi penularan Covid-19 demi kesejahteraan kita bersama.

sumber : sinarharian

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *