ubat econazine
INFO DAN TIPS,  KESIHATAN

Ubat Econazine Untuk Apa ?

Biasanya Ubat Econazine digunakan untuk merawat masalah berkaitan dengan kulit. Masalah kulit yang biasa dialami seperti ruam, kurap, panau, dan pelbagai jenis jangkitan kulat lain. Namun, adakah semua masalah ini boleh diatasi dengan pengunaan ubat Econazine?

Econezine adalah sejenis ubat yang mengandungi Econazole Nitrat dan Triamcinolone. Econazine adalah sejenis ubat “antikulat Azole” yang mampu merawat dan menghentikan pertumbuhan kulat.

Mengikut kepada pengalaman saya sebagai pengguna Econazine sejak lbih 10 tahun, econazine berkesan untuk masalah kurap, kulit kepala berkuping dan gatal-gatal kulit. Namun, untuk masalah kulit kepala berkuping tahap teruk, ubat econazine mungkin hanya berkesan untuk sementara dan tidak menyembuhkan secara keseluruhan.

Menurut salah satu sumber, Fungsi Econazine adalah mengganggu pembentukan sel membran kulat dan melemahkannya dan mengurangkan pengeluaran bahan kimia dalam badan yang menyebabkan alergi.Econazine digunakan untuk alahan kulit, jangkitan kulat kulit, kurap, alahan hidung dan lain-lain keadaan.

Doctoroncall

Krim Econazine boleh didapati di kedai-kedai farmasi seluruh Malaysia. Biasanya Econazine ada dalam 2 saiz, kecil dan besar. Harganya juga boleh dikatakan cukup murah iaitu sekitar RM8 – RM12 sahaja kalau tidak silap.

Untuk masalah kurap, saya sarankan gunalah krim econazine walaupun kurap tumbuh sekitar muka. Ada juga mengatakan econazine mengandungi bahan tertentu dan tidak digalakkan untuk digunakan kepada bayi kerana boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak baik.

Apakah kesan sampingan Ubat Econazine ?

Info berkenaan kesan sampingan econazine ini saya dapati dari satu sumber, disitu ada mengatakan beberapa masalah yang mungkin boleh terjadi namun tidak semestinya berlaku.

Antara kesannya ialah, berlaku kegatalan, mengantuk berlebihan, ruam, pruritus, eritema, keletihan dan sensasi membakar dan menyengat.

Namun dia juga ada mengatakan, alergi seperti ini sebenarnya jarang berlaku. Jika berlaku masalah seperti keletihan dan mengantuk, ia adalah masalah biasa yang boleh terjadi disebabkan faktor lain.

Jika anda mempunyai masalah lain yang mungkin kesan dari penggunaan ubat econazine, silalah dapatkan bantuan dari pakar perubatan dengan segera.

Cara menggunakan ubat econazine ini sangat mudah, pastikan tangan bersih, dan calitkan sedikit pada jari lalu sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah. Untuk masalah kurap, lepas sapu krim econazine beberapa minit mungkin akan rasa gatal pada kawasan kurap berkenaan.

Perhatian, jangan sesekali gunakan krim econazine pada bahagian sensitif seperti pada mata, dalam hidung, mulut dan bahagian dalam vagina.

sumber: doctoroncall, thediagnosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *