KESIHATAN

Taugeh Adalah Antikanser , Kenali Manfaat Dan Khasiat Taugeh

[sumber foto zulfadreamland]

Taugeh merupakan sayuran yang biasanya dimasukkan ke dalam masakan makanan kita seperti mee goreng, mee rebus, soto dan banyak lagi. Taugeh ini juga sayuran yang popular dimakan mentah. Ianya bersih daripada racun kulat atau serangga  serta mempunyai vitamin A, vitamin C dan juga kalsium yang tinggi. Namun jika diperhatikan ramai orang yang tak suka makan sayuran yang bernama taugeh ini. Senang kata, taugeh ini dibenci oleh ramai orang kerana dikatakan rasanya yang tidak sedap. Akan tetapi tahukah anda taugeh ini banyak khasiatnya?

     Tahukah anda? Taugeh ini adalah antikanser. Taugeh adalah hasil cambahan kacang hijau yang mengandungi banyak unsur fitokimia bernutrien tinggi. Kehadiran sejenis asid amino iaitu canavanine mampu menghalang pertumbuhan kanser usus besar, pankreas dan leukimia.

     Selain itu,taugeh juga baik untuk sistem pencernaan kita. Ianya dapat melancarkan proses pembuangan air besar. Jadi yang ada masalah sembelit tu bolehlah makan sayuran taugeh ini setiap hari. Asid dalam perut dapat dikekalkan dan proses pencernaan berjalan lancar.

        Taugeh juga sangat kaya dengan serat dan air. Ianya dapat membersihkan segala kekotoran di usus besar kita. Apabila saluran usus bersih, tiada lagi sebarang zat yang kotor diserap oleh tubuh seseorang itu. Hal ini menyebabkan badan kita dapat dielakkan daripada terkena sebarang penyakit kerana tiada lagi toksik dalam tubuh badan kita.

       Selain daripada itu, banyak lagi khasiat  lain iaitu ianya dapat menurunkan berat badan, meningkatkan fungsi organ dan metabolisme badan dan banyak lagi. Dari aspek kecantikan pula ianya dapat mencantikkan kulit wajah, sentiasa melembapkan kulit wajah kita,memberikan rambut yang cantik kepada kita dan sebagainya. Bagi yang mahu mengekalkan awet muda juga boleh makan taugeh ini. Kandungan antioksidan yang tinggi dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel badan kita terutamanya kulit wajah kita.

      Apa pandangan anda tentang taugeh selepas membaca artikel ini. Jom kita cuba makan taugeh ini untuk kekal sihat dan cantik. Yang benci atau tak suka taugeh cuba dulu sikit mana tahu lepas ni terus jatuh cinta. Bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Kadangkala sesuata benda atau perkara yang tidak disukai itulah memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada kita.SELAMAT MENCUBA!!!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *