Sekolah Dibuka Semula Bermula 15 JULAI 2020

Sekolah akan dibuka bermula 15 julai bagi kelas peralihan dan untuk murid tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Kata menteri kanan pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, tarikh pembukaan sekolah secara keseluruhan bagi yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia KPM ialah pada 15 Julai manakala bagi murid tahun 1 hingga 4 bermula 22 Julai 2020.

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Bagi murid tingkatan 5 dan 6,  mereka sudah memulakan persekolahan bermula 24 jun lalu setelah pengumuman dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebelum ini ramai yang menjangkakan bahawa pembukaan semula persekolahan ditunda sehingga tahun 2021. Namun, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat bermula 24 jun lalu.

Terkini, pembukaan sekolah secara menyeluruh bermula 15 julai 2020. Berita ini memberi khabar gembira kepada semua terutamanya ibu bapa yang risau akan pretasi anak – anak yang mungkin merosot setelah lama bercuti akibat pandemik Covid19 melanda.

sumber hmetro