Zul Muhammad

Sihat Itu Nikmat

Tanda – Tanda Anda Terkena Sihir Perniagaan

Saya pernah berborak dengan orang pakistan bekas pekerja kedai roti tempayan tersohor dikawasan saya. Beliau pernah cerita kepada saya bahawa majikannya main benda kotor dalam penyediaan makanan.

Dia dipecat juga gara – gara tidak bersetuju dengan tindakan majikan yang gunakan benda kotor sebagai pelaris. Katanya lagi, beberapa kedai lain juga ada gunakan pelaris dalam perniagaan mereka, sanggup ke thailand untuk jumpa bomoh disana.

Sebelum ni pernah saya dengar ceramah Dr Kazim, katanya beliau pernah makan dikedai yang disihir. Tetapi pemilik kedai sendiri tidak tahu bahawa perniagaan mereka sedang disihir. Rupanya banyak perkara yang kita tidak pernah ambil tahu, asalkan masakan sedap kita rembat saja.

Mereka yang memiliki ilmu berkenaan sihir dan benda halus biasanya akan tahu atau nampak disebalik pandangan mata kasar. Sebenarnya banyak jenis sihir yang wujud, apa yang saya kongsi kali ini berkenaan sihir dalam perniagaan.

Apakah Sihir Perniagaan

Sihir adalah satu perbuatan yang bertujuan menyakiti atau mempengaruhi badan, akal atau hati orang yang disihir yang dilakukan diluar hukum alam.

Manakala sihir perniagaan pula adalah sihir yang dilakukan dengan tujuan bukan sahaja untuk menyakiti pemilik perniagaan, bahkan bertujuan untuk menjatuhkan dan meranapkan perniagaan seseorang bagi mencapai kepentingan diri sendiri.

Di dalam istilah kita masyarakat Melayu, sihir juga dikenali dengan ilmu hitam kerana amalan sihir berkait rapat dengan pertolongan dan juga hubungan dengan jin.

Sihir perniagaan ada yang dituju hanya kepada pemilik perniagaan sahaja. Dan ada juga sihir yang ditujukan kepada kedua-duanya sekali, iaitu pemilik perniagaan dan juga premis perniagaannya.

Tanda-Tanda Anda Terkena Sihir Perniagaan

Sebelum saya kongsikan tanda-tanda terkena sihir perniagaan, perlu anda ketahui di sini bahawa sihir ini boleh berlaku kepada salah satu, samada pemilik perniagaan atau premis perniagaan sahaja. Dan ada juga kes di mana sihir ini dihantar kepada dua-duanya sekali, iaitu pemilik dan premis perniagaan.

Tetapi, yang biasa berlaku sihir ini akan dhantar kepada kedua-dua sekali, iaitu pemilik perniagaan dan juga premis perniagaan mangsa.

Jika sihir dihantar kepada pemilik perniagaan, anda perlu tahu akan wujudnya dua jenis tanda, iaitu tanda-tanda umum dan juga tanda-tanda khusus.

Tanda-tanda jika sihir dihantar kepada pemilik perniagaan ialah :

▪️sering sakit kepala.

▪️berasa malas untuk ke tempat perniagaan tanpa sebab.

▪️kurang semangat untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan perniagaan.

▪️jika sudah berkahwin, sering bergaduh dengan pasangan.

▪️badan akan tiba-tiba menjadi sakit apabila hendak ke tempat perniagaan atau ketika hendak memulakan perniagaan.

Jika sihir ditujukan kepada premis perniagaan anda pula, biasanya anda akan perasan berlakunya gejala-gejala di bawah

▪️pekerja anda saling bertengkar sesama sendiri.

▪️pekerja anda juga selalu berhenti kerja dan ini akan mengganggu perjalanan bisnes anda.

▪️pekerja anda sering mengadu terdengar bisikan dan melihat lembaga menakutkan.

▪️anda atau pekerja sering terjumpa duit syiling dimerata-rata tempat tanpa diketahui sumbernya.

▪️dan yang paling ketara ialah pelanggan selalu memberitahu kepada anda bahawa kedai anda selalu nampak seakan-akan ditutup padahal kedai anda buka seperti biasa.

Perkongsian ini diambil dari group whatsapp Pusat Rawatan NurQhalifah

Gambar diambil dari mrbagaimana.com

2 thoughts on “Tanda – Tanda Anda Terkena Sihir Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *