Skin Care Untuk Jerawat (Murah Dan Terbukti)

Skin Care Untuk Jerawat | Masalah jerawat perkara biasa bila dah mencapai era keremajaan. Bagi sesetengah individu, masalah jerawat adalah perkara serius terutamanya wanita. Jerawat satu hal, hilang jerawat tinggal pula parut yang akan bertapak dalam tempoh yang lama.

Saya bukanlah hebat bab skin care ni, tapi ada lah sedikit pengalaman orang terdekat yang boleh saya kongsikan. Masalah jerawat yang serius pada wajah boleh beri kesan negatif juga, boleh jadi stess, trauma dan hilang keyakinan terutama apabila berhadapan orang sekeliling.

Hanya ada 2 jenis skin care untuk jerawat yang saya rasa berbaloi untuk korang cuba. Berbaloi terutamanya dari segi harga dan kualiti keberkesanannya. Saya taknak sembang produk mahal², bagi saya mahal tidak semestinya bagus dan tidak semua skin care mahal itu sesuai dengan kulit muka semua orang.

Masalah jerawat ni banyak faktor, antaranya :

  1. Perubahan hormon
  2. Kebersihan
  3. Terlampau stress
  4. Supplement tertentu
  5. Alat solek

Perubahan hormon perkara biasa, dan ia akan mula bagi kesan pada bahagian muka tapi biasanya hanya untuk sementara waktu sahaja. Walapun sementara, tapi parut tu yang tinggal kesan lebih lama, kalau parut dalam memang sukar nak hilangkan.

Kebersihan juga kena jaga, contoh tuala muka yang kurang bersih, tangan tidak bersih lalu pegi pula picit jerawat mungkin boleh jadi punca jugak. Kebersihat alat solek juga perlu dijaga terutamanya pada berus solek yang menyebabkan bakteria terperangkap disitu.

Supplement ni saya kurang pasti tapi ada pengalaman isteri saya. Masa kami nak menikah dulu, dia punya exited jaga muka, katanya nak cantik luar dan dalam. Jadi dia ambil minuman kolagen, saya tak pasti jenama apa tapi katanya dia habiskan 4 botol gara² nak cantik.

Hasilnya, dari muka yang licin hampir tiada satupun jerawat tiba-tiba jerawat mula timbul dan banyak pulak tu. Dah jadi macam ni dia makin stress, dekat nak kawin muka buat hal memang kelam kabut dia nak rawat balik.

Mungkin pengambilan jenis sebahagian minuman kolagen akan bagi jugak effect pada wajah, samada itu memang proses healing crisis atau sebaliknya. Apa pun supplement boleh diambil tetapi perlu rujuk atau bertanya terlebih dahulu akan kesan proses yang berlaku.

2 Jenis Skin Care Untuk Jerawat

  1. Produk Deeja Cosmetic
  2. Xceed Skin (Xceed Serum)
skin care untuk jerawat

Dalam banyak² produk kecantikan yang wife saya pernah guna, apa yang saya nampak setiap kali dia konsisten guna produk Deeja Cosmetic, muka die makin licin.

Tapi biasanya time pregnant, die stop pakai apa-apa skin care dan habis tu die akan sambung balik pakai. Sejak berita tular Deeja Cosmetic ada kandungan bahan merbahaya, dia stop beli dan pakai produk lain.

Dan selalu bertukar-tukar produk, tapi muka dia tak sebaik masa dia pakai deeja dulu. Sekarang die sambung balik pakai deeja dan konsisten, saya perasan memang nampak lain. Muka makin licin, cerah dan warna kulit lebih sekata.

Kata wife saya krim Deeja memang bagus untuk masalah jerawat terutamanya krim kunyit die. Sekarang saya pun cuba pakai deeja dan ada perubahan pada jerawat muka saya, kata wife saya, padahal baru 2 malam guna.

skin care untuk jerawat

Dan untuk produk Xceed Skin, terkenal dikalangan student ipt, mereka panggil xceed serum. Produk ni bagus untuk masalah jerawat, parut, kulit kusam dan lain² lagi.

Pasal xceed serum ni saya perasan muka sepupu saya, die student ump gambang, pahang. Muka dia memang ada masalah jerawat, kat dahi boleh kata memang banyak jerawat tumbuh.

Tapi sejak die guna xceed skin, nampak perbezaan yang agak ketara. Jerawat berkurang dan muka makin cerah serta bersih, itu pada pandangan mata saya lah. Dan die sendiri mengaku yang produk xceed skin ni bagus untuk kulit muka dia.

Cara Nak Dapatkan Produk Deeja Cosmetic Dan Xceed Serum

Untuk deeja, korang boleh beli di kedai-kedai kosmetik tapi pastikan yang original ye. Kalo bimbang korang boleh terus google pengedar yang betul atau terus dari HQ. Maklumlah produk kosmetik ni banyak sangat yang tiruan, siap ada stiker hologram yang berkilat tu lagi padahal tiruan.

FB DeejaCosmeticHq

Manakala untuk dapatkan xceed serum, korang boleh terus beli dengan pengedar sah yang confirm original di link yang saya letak kat bawah ni. Harganya RM30 sahaja untuk sebotol, dan boleh tahan sehingga 6 minggu.

skin care untuk jerawat

Xceed Serum<< Tekan Link Ini

Sekian saja perkongsian saya berkenaan skincare masalah muka berjerawat, melalui pengalaman yang saya lihat dari orang terdekat.

Leave a Comment