Servis Setup Komputer Gaming Dan Editing Ikut Bajet

Servis Setup Komputer Gaming Dan Editing Ikut Bajet | Minat dalam dunia komputer ni sebenarnya sudah lama, semuanya terpengaruh dari abang saya. Dia memang dalam jurusan enginering komputer, kepakarannya dalam repair pc, laptop, printer dan yang berkaitan dengan komputer menyebabkan saya sendiri terlibat.

Dia berjaya membuka sebuah pusat servis komputer secara kecil-kecilan di area besut, terengganu. Saya pun join sekali dalam bisnes abang saya, sama-sama kami bangunkan perniagaan ini bermula dengan kedai kecil dan secara online.

Kami tidaklah pakar sangat, tetapi boleh lah untuk bantu mereka yang mencari perkhidmatan setup komputer gaming dengan bajet yang minimum. Kami berusaha membantu mereka yang mempunyai masalah dalam mencari komputer untuk tujuan editing dan gaming mengikut bajet yang ada.

komputer gaming

Mahal Sangat Ke Komputer Gaming ?

Sebenarnya harga bergantung kepada tujuan korang nak guna. Maksudnya jika untuk gaming, game apakah yang korang nak main. Begitu juga untuk editing, software apa yang korang nak pakai. Memang lah semua nak komputer power, supaya boleh support semua game terbaru dan software berat seperti autocad dan sebagainya.

Namun, kalau nak ikutkan kos untuk buat komputer extra power memang memakan kos yang sangat tinggi. Sebelum ni ada orang yang pernah minta abg saya kirakan bajet untuk spec komputer yang dia nak, bila dikira-kira kosnya sekitar 20k siap upah. Mana taknya dia sendiri tak bagitahu berapa bajet yang dia sediakan untuk pc tersebut.

Kalau nak ikutkan paling ekstrim, lebih dari 20k kos yang diperlukan. Itulah masalah jika tak tahu tujuan dan kerja apa yang ingin digunakan untuk komputer tersebut. Sedangkan dengan bajet seribu hingga 2 ribu dah boleh dapat komputer power yang boleh support hampir semua game latest dan software-software berat untuk tujuan editing.

Baca Juga: Hukum Main Forex Dalam Islam

Modal RM1000 Cukup Tak Untuk Dapat Komputer Gaming ?

Sebenarnya seribu dah cukup setakat nak buat main game dan editing. Memang dah cukup power, boleh dapat siap dengan graphic card nvidia atau AMD dengan saiz ram 8GB ke 12GB dan processor core i5. Semua bergantung kepada tujuan dan bajet pelanggan, dan kami akan usahakan sehabis boleh.

Komputer desktop tak macam laptop, kerana laptop tidak semua komponen boleh upgrade. Kebiasaannya laptop hanya boleh upgrade ram dan hard disk sahaja, lain-lain seperti processor dan graphic card memang tak boleh diubah melaikan rosak dan hanya boleh ditukar baru dari jenis yang sama, kecuali beri kepada yang betul-betul pakar.

Berlainan dengan desktop, hampir kesemua komponen dalam cpu boleh di upgrade asalkan sama socket. Sebagai contoh, jika nak upgrade processor jenis core i5 2400, ia menggunakan motherboard socket 1155. Boleh juga guna jenis core i3 sehingga 3*** kebawah yang sama socket, atau mungkin boleh juga jenis core i7 model second generation. Dan bahagian kad grafik, juga boleh ditukar sesuka hati asalkan sama socket, lebih kurang macam itulah secara umumnya.

Pemilihan jenama motherboard juga perlu diambil kira, gunalah jenis MOBO ada jenama seperti MSI, ASUS atau GIGABYTE. Jangan jenama yang tidak dikenali kerana bimbang socket processor tidak support jumlah power watt yang tinggi. Jangan ingat asalkan socket 1155 boleh guna jenis processor core i5 2400(sebagai contoh) ye, ada yang tidak support kerana jumlah watt socket processor untuk motherboard tersebut support terlalu rendah.

Ada juga yang guna jenis motherboard lama socket 775 tetapi nak pakai untuk gaming. Untuk socket 775 masih boleh jadi power untuk gaming dan editing. Socket 775 boleh guna processor Xeon, dan ram juga biasanya boleh support sehingga 16GB dan boleh masuk kad grafik socket PCI-E juga. Macam-macam boleh buat untuk komputer desktop, dan cara pasangnya juga tidak rumit, boleh belajar buat sendiri sebenarnya.

Sekarang ramai juga yang cari jenis processor AMD RYZEN untuk gaming, tetapi kosnya agak tinggi kerana untuk processor sahaja sudah mencecah ribuan ringgit terutama untuk AMD RYZEN terbaru. Itu tidak termasuk PSU, GPU, RAM dan lain-lain komponen. Dah guna processor power takkanlah nak pakai graphic card biasa-biasa, ram, psu, mestilah yang sepadan dengan kelajuan processor barulah betul-betul power.

Kos Buat Komputer Gaming Bajet Kecil

Bajet kecil yang dimaksudkan adalah sekitar bawah dari RM800 tidak termasuk monitor, keyboard dan mouse. Seterusnya boleh upgrade untuk tambah kelajuan dan untuk support game-game atau software berat akan datang. Sebenarnya ada lagi yang lebih murah, sebab itulah kena jelaskan untuk game atau software apakah yang akan digunakan dalam komputer tersebut.

Contoh pc dibawah, boleh buat gaming ringan-ringan, core i3 dan 4gb ram dan ada graphic card, siap semua satu set sekali monitor widescreen 19inci dan keyboard mouse gaming harga jual sekitar RM750 sahaja.

komputer gaming

Kami akan usahakan untuk kepuasan pelanggan dan dalam masa yang sama kami juga masih belajar untuk tambah pengalaman dalam bidang ini, maklumlah dunia teknologi ni bergerak sangat pantas. Sentiasa muncul benda baru, teknologi baru yang semakin canggih.

Boleh berurusan dengan kami melalui email dulu, sementara website kami siap sepenuhnya. “newzmicro@gmail.com“. Sekian..

Foto:reviewgeek,kitguru

Leave a Comment