Sedekah Online: Mudah Kena Tipu

Sedekah online makin banyak, nak bezakan yang betul dengan penipu ni memang susah. Nak bersedekah online tak salah tapi kena bijak, selidik dulu pastikan betul dan baru lakukan transaksi.

Website scammer pun boleh tahan juga, mereka sanggup habiskan beribu untuk marketing yang bagus supaya senang pancing mangsa. Jangan sesekali percaya hanya dengan melihat gambar² misi bantuan, semuanya boleh direka dan dicopy.

Mereka juga akan menggunakan gambar selebriti terkenal yang kononnya turut sama menjalankan misi bantuan mereka. Ramai yang terpengaruh dengan ucapan video yang mungkin mereka ambil di website sedekah online lain dan digunakan dalam website mereka.

Bagaimana Cara Membezakan Website Sedekah Online Penipu Dan Benar

Untuk nak bezakan melalui nama website memang susah, tetapi kita boleh cuba buat carian di google dengan menaip nama website dan nama syarikat yang didaftarkan semasa kita nak buat transaksi pindahan wang.

Jika sudah ada yang dah kena scam oleh nama² tersebut mungkin mereka akan viralkan dimana-mana media sosial dan senang untuk kita jumpa.

Penting: Ambil nombor telefon pada website tersebut dan hubungi untuk bertanya detail.

Selain itu, jika tidak yakin kita haruslah bertanya kepada orang yang kita rasa lebih arif dan mungkin mereka ada pendapat idea yang lebih baik.

Jika nak lebih selamat, rujuk nama tersebut dengan pihak polis kerana mereka ada data² scammer dari mangsa yang pernah kena sebelum ini. Pihak polis tentunya lebih arif untuk mengenalpasti kesahihan perkara tersebut.

Saya pasti ramai yang takkan rujuk pihak polis dalam hal ni melainkan jika sudah terkena, masa tu baru lah rajin nak bertanya.

Pengalaman Kena Tipu Scammer Rumah Sewa

Masa kerja dekat KL dulu, saya pernah kena tipu oleh seorang perempuan yang kononnya ada rumah untuk disewakan. Masa tu saya terdesak dan orang terdesak memang mudah kena tipu, hati-hati.

Die iklan rumah sewa di website mudah.my, sebelum ni memang dah banyak kali saya terlepas, bila call selalunya dah takde. Kali ni saya taknak terlepas lagi, saya call dan seorang wanita berbahasa melayu asli yang jawab. Saya yakin memang orang melayu.

Kakak ni bagitahu kalau betul nak kena transfer separuh deposit dulu, memang macam tu yang die selalu buat katanya. Jadi saya tak pikir panjang lagipun cara kakak ni cakap memang baik sangat.

Baca Juga: Hukum Main Forex Trading

Dia bagi alamat rumah dan nama penyewa yang akan keluar dari rumah tersebut. Jadi selesai transfer, saya pergi ke flat tersebut dan bertanya pada penghuni alamat rumah yang diberi.

Mereka terkejut kedatangan saya dan menafikan semuanya dan die tak pindah pun, mungkin saya salah rumah. Katanya memang die dengar ada orang lain yang nak pindah di flat itu tapi bukan dia.

Bila saya hubungi balik kakak tadi, die terus tak jawab dan diam terus. Saya kehilangan 800 ringgit dan sedar yang saya sudah kena dengan penipu rumah sewa.

Dia guna nama akaun syarikat, masa saya transfer memang saya tak fikir nak selidik dulu nama tersebut. Padahal dah ramai yang kena dengan nama syarikat yang sama dan nama ni memang dah viral.

Mereka masih gunakan nama tersebut mungkin sebab akaun tersebut belum dibekukan dan mungkin belum ada mangsa yang buat laporan polis.

Pengajaran buat saya dan sahabat semua, selidik dahulu dengan cara paling mudah iaitu dengan search nama-nama mereka dulu di google. Jika mereka masih menggunakan nama akaun yang sama mungkin ramai dah viralkan mereka.

Jemput Selebriti Dan Bekas Menteri| Tektik Scammer

Nasihat saya, jangan sesekali tertipu dengan video menteri atau selebriti dalam sesebuah syarikat yang kononnya badan kebajikan atau NGO ditubuhkan untuk membantu golongan memerlukan.

Kerana sebelum ini ada juga jenis syarikat pelaburan skim cepat kaya yang mana pernah dihadiri oleh orang kenamaan, bekas menteri. Mungkin menteri tersebut tak salah, mereka hadir kerana dijemput dan tidak tahu tentang penipuan yang dilakukan oleh syarikat itu.

Mereka menggunakan nama-nama besar untuk memancing kepercayaan orang ramai supaya senang kerja mereka. Sampai masa, mereka akan menghilang tanpa jejak.

Tidak dapat dinafikan, sekarang semua lebih mudah dilakukan secara online. Namun dalam kemudahan ini, perlu kepada kebijaksanaan dan jangan malas nak selidik, semua kan dihujung jari jer.

Credit Foto: sawyersolutionsllc

Leave a Comment