Ryzen 5 3600 Harga Murah Tapi Padu

Ryzen 5 3600 | Processor AMD yang kita kenal 10 tahun lepas jauh berbeza dari Amd sekarang. Ingat lagi masa dekat kolej sekitar tahun 2010, mana-mana laptop yang guna AMD akan hadapi masalah laptop cepat panas dan padam dengan sendiri. Paling teruk, guna tak sampai sejam dah buat hal.

Mana taknya, orang buat study die buat tengok movie/main game memang la cepat panas laptop lagi-lagi tak pakai cooler fan. Ya, memang bermasalah jika guna Amd lagi-lagi untuk model tahap bajet.

Amd memang sudah terkenal dengan kekuatan gaming sejak dulu lagi, tetapi dari segi performance keseluruhan sukar mengalahkan intel core.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setelah AMD menaik taraf teknologinya hingga terhasil sebuah processor ryzen yang hingga sekarang hampir tidak terkalahkan.

ryzen 5 3600

Amd Ryzen 5 3600

Bermula dengan ryzen 3, ryzen 5 dan ryzen 7 yang paling tinggi setakat ini dan mungkin akan keluar lagi siri ryzen seterusnya memandangkan saingannya intel telah mengeluarkan core i7 terbaru yang mana sesetengah mendakwa mampu mengalahkan ryzen series. Malah intel core i7 ini berjaya mengalahkan core i9 yang sebelum ini paling tinggi dalam series intel core.

Ryzen 5 antara yang diminati pengguna terutamanya dalam kalangan gamer dan editor tahap pertengahan. Memandangkan harga ryzen 5 ini tidak terlalu mencekik darah dengan kekuatan yang memuaskan menjadikan model ini antara carian tertinggi pada suatu-suatu masa.

Jika survey harga di shopee, AMD Ryzen 5 3600 (6 Cores / 12 Threads) boleh jumpa pada harga sekitar 600-800, jika tidak silap saya pernah jumpa dengan harga RM599 untuk cip processor sahaja tanpa motherboard. Ditambah dengan motherboard untuk support socket amd ryzen 5 3600 sekitar RM300 bergantung pada jenama mobo. Jika rajin mencari, mungkin boleh jumpa lagi murah dan lebih jimat beli set combo skali motherboard.

Pemilihan Motherboard Amd Ryzen 5 3600

Pemilihan motherboard juga kena betul barulah padan dengan socket processor. Kalo merasa kurang yakin baik amik pakej combo skali motherboard, Insyaallah selamat.

Model Amd Ryzen 5 2400G Sesuai Untuk Gaming Bajet

Amd Ryzen ada mengeluarkan model G yang mana telah disokong Graphic Card yang sudah cukup power untuk gaming dan editing. Contohnya model ryzen 5 2400G, tersedia dengan internal kad grafik RX Vega 11.

Untuk model ini, setakat nak main game seperti PUBG, ashpalt dengan high setting, memang tiada masalah. Model 2400G lebih jimat, walaupun tak tambah graphic card lain pun dan power. Maklum lah harga graphic card bukannya murah, nak padankan dengan kuasa ryzen 5, sekurang²nya graphic card tambahan gtx1050 4GB DDR5. Model ni boleh juga untuk tujuan editing, dan kalau nak lebih smooth, upgrade ram sekurang-kurangnya 8gb keatas.

Untuk processor ryzen 5 3600, seeloknya ambil graphic card sekurang²nya gtx1050 4gb dan keatas. Ram pula seeloknya jangan kurang dari 8gb, 10-12gb memang cun.

Pakai pc desktop ni tak perlu risau sangat sebab senang nak upgrade. Memandangkan teknologi IT berkembang sangat pantas, sampai masa kena upgrade baru boleh support software² berat dan game² baru yang spec tinggi.

Bagi pengguna tegar intel core, boleh lah perlahan-lahan beralih kepada Amd Ryzen jika idamkan sebuah komputer power dengan bajet rendah. Memang Amd harganya lebih murah dari model intel core sejak dulu lagi. Jika dibandingkan Amd ryzen dan Intel core yang lebih kurang sama dari segi spec, Amd tetap lagi jimat dan berbaloi.

Saya bukanlah pakar sangat bab nak custom pc ni, apa yang saya tulis ini tidak semestinya tepat. Berdasarkan apa yang saya faham jadi saya cuba share, jika ada kesilapan saya mohon maaf dan bersedia untuk ditegur.

Rujukan: hasrulhassan,Forbes,msi

Leave a Comment