TELEKOMUNIKASI

Rangkaian Telco Super Jimat, Pilihan Di Tangan Anda

Di Malaysia ada 4 buah syarikat Telekomunikasi Gergasi iaitu Maxis, Celcom, Digi, U Mobile. Mereka yang menerajui keseluruhan coverage di seluruh Malaysia. Tetapi banyak lagi syarikat telco muncul setelah itu yang bernaung dibawah lesen syarikat gergasi tersebut. Antaranya Tunetalk, XOX, Onexox, Tonewow, Halo Telco, Tron, Redone, Altel dan beberapa lagi.

3 Syarikat Rangkaian Telco Menawarkan Plan Jimat

1. HALO TELCO

Halo Telco merupakan syarikat telco baru yang bekerjasama dengan TuneTalk, mereka menggunakan coverage Celcom. Pelan yang ditawarkan sangat menjimatkan. Mereka memberi sehingga unlimited data sosial bergantung kepada pelan langganan. Dengan kelajuan internet sehingga 150mbps, data internet yang banyak dan Unlimited Call, menjadikan pelan langganan Halo Telco antara plan super jimat.

credit: halotelco2u

Mereka juga menawarkan plan tambahan Data Internet berkelajuan tinggi semurah RM10 untuk 10GB data. Ianya tersedia untuk plan langganan RM28 dan RM48 sahaja.

2. TONEWOW

Tonewow sdn bhd merupakan syarikat telekomunikasi yang menawarkan plan data paling jimat dan dengan Simkad berkelajuan tinggi 4G+. Tonewow menggunakan coverage Digi. Dimana ada coverage digi disitu jugalah ada tonewow. Tonewow memberi plan internet dan panggilan yang berbaloi, ditambah dengan data Highspeed boleh dibawa kedepan (carry forward).

Plan data paling laris ialah TDS50. Langganan TDS50, anda boleh menikmati data internet keseluruhan 89GB dan panggilan tanpa had (Unlimited Call) kesemua rangkaian. Seperti juga Halo Telco plan RM48 dan Tonewow RM50, yang mana data highspeed diberi 10GB dan data sosial diberi 2GB data sehari. 

Langganan bulanan RM30 dan RM50 tonewow diberi tempoh sah selama 32hari. Selain itu, untuk pengguna simkad Tonewow, mereka layak mendapat PERCUMA khairat kematian bernilai RM1000 untuk tambah nilai bulanan RM30 dan RM2000 untuk RM50. 

Untuk plan TDS50, selain data Highspeed 10GB dan Data sosial 64GB, pengguna juga dibekalkan data tambahan asas sebnyak 15GB menjadikan jumlah data keseluruhan 89GB. Tonewow juga menawarkan tambahan data Booster 15GB untuk hanya RM15 sahaja. 

TONE WOW menjadi pengalaman yang lebih bermakna bila dikongsi dengan orang lain. Perkenalkan Simkad Tonewow kepada rakan atau ahli keluarga untuk menjana pendapatan setiap bulan. Juga boleh pilih samada untuk kekalkan no lama anda atau no baru. Anda boleh dapatkan simkad Tonewow dengan menghubungi agen-agen sah Tonewow, atau melalui pautan whatsapp DEALER TONEWOW yang saya sediakan DISINI.

3. ONEXOX

Onexox merupakan anak syarikat xox mobile. Mereka menggunakan coverage Celcom. Dimana ada coverage celcom disitu juga ada ONEXOX. Mereka sangat terkenal dengan sistem carry forward data dan panggilan yang hampir keseluruhan plan.

Onexox memberi tempoh sah terpanjang sehingga 28 bulan. Pelan data dan panggilan juga menarik, data tidak habis guna boleh dibawa kehadapan (carry forward). Selain pepaid, mereka juga menawarkan plan postpaid yang super jimat.

credit: xox

Nasihat saya, untuk anda memilih rangkaian telco paling terbaik, pastikan dulu yang mana coverage telco di kawasan anda paling banyak dan laju. Setelah itu, barulah pilih data internet dan panggilan yang lebih menjimatkan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *