garam aura rezeki

Rahsia Mandian Garam Aura Rezeki Terbukti Membantu

Apa yang saya tahu, garam bukit memang bagus digunakan sebagai garam masakan berbanding garam biasa yang kita guna selalu. Ada juga yang gunakan garam bukit jenis kasar untuk rawat masalah kaki berbau, dengan merendam kaki didalam air garam bukit selama beberapa minit.

Namun, kali ini garam bukit digunakan sebagai mandian untuk pelbagai masalah kesihatan. Apa yang buat saya rasa anehnya, mandian air garam bukit ini dikatakan boleh menarik aura rezeki. Macam mustahil, tetapi saya tetap cuba untuk mencari penjelasan kepada kemusykilan ini.

Setelah cari punya cari, akhirnya saya menemukan jawapan dan pencerahan mengenai produk mandian garam ini yang bernama Aura Rezeki. Rupa-rupanya sudah banyak produk yang telah mereka keluarkan dari mandian garam hinggalah produk minyak wangi lelaki dan wanita.

Pengasas Aura Rezeki (JMV Global Sdn Bhd)

Sebelum itu mari saya kenalkan foundernya Puan Julinda Miswan atau dikenali juga dengan panggilan JM Miswan. Merupakan CEO JMV Global Sdn Bhd dan juga Pengasas produk Aura Rezeki, iaitu produk Aura yang berasaskan garam himalaya seumpamanya di Malaysia sejak tahun 2014 lagi dan kini masuk tahun ke-7 sudah.

Seperti yang kita tahu, pengambilan garam ini juga merupakan makanan sunnah Rasulullah. Cuma yang ini kita gunakan ia sebagai mandian. Mandian garam Aura Rezeki dikatakan mampu meningkatkan kesegaran badan dengan keajaiban aura yang terkandung didalamnya.

Katanya sukar untuk digambarkan mahupun diterjemahkan kerana hanya mereka yang pernah menggunakan sahaja yang tahu akan kehebatan Aura Rezeki yang dapat dirasai melalui gelombang-gelombang aura didalamnya.

Ketenangan yang tidak terhingga dapat dirasai hinggakan diri merasa seperti dikelilingi aura positif dan juga memberi tempias kepada orang lain juga yang berada disekeliling. Itulah yang mereka cuba sampaikan berkenaan kelebihan produk mandian garam bukit Aura Rezeki ini.

Boleh tengok testimoni pengguna mandian garam Aura Rezeki di pautan ini >> http://garamaurarezeki.blogspot.com/2015/09/apa-kata-mereka-testimoni-video.html

CARA MANDIAN GARAM AURA REZEKI

Sebelum mandi sediakan bekas/baldi berisi 5 liter air.
Kemudian masukan 2 sudu garam ke dalam baldi tadi. (Sudu telah disediakan sekali di dalam bekas)

Kemudian masukkan air biasa ke dalam baldi. Kacau air mengikut arah lawan jam.

Semasa kacau itulah pasang niat apa yang dihajati dan fokus bagi jelas. Mulakan dengan Bismillah.

Setelah selesai sabun dan mandi, baru mandi bilasan terakhir dengan air garam tersebut.

Tips ketika mandi, perlu mandi dalam keadaan yang tenang, berfikir dengan jelas, cuba visualise apa niat anda dan paling penting perlu diingatkan bahawa mandi garam aura hanyalah sekadar ikhtiar. Sekiranya apa yang diinginkan tercapai, semuanya adalah dengan izin Allah dan mandi garam aura hanyalah asbab. Moga kita sentiasa dilindungi Allah.

Contoh niat :

Ya Allah, jadikan air ini sebagai penghapus / membuang perkara negatif dalam badan dan apa sahaja perkara yg tak elok.

Sambil putar lagi niat, ya Allah jadikanlah air ini sebagai magnet perkara-perkara yang baik yang positif, magnet kebahagiaan, keceriaan, magnet kekayaan, magnet perkara yg baik
(Ape sahaja kebaikan yg kita mahu).

Baca Artikel ini juga >> Rahsia Rawatan Alternatif NTDOT Untuk Pelbagai Penyakit Kronik Terbukti Berkesan

KEBAIKAN MANDIAN GARAM AURA REZEKI

✔ Menarik cas-cas positif dan menolak cas-cas negatif.
✔ Merapatkan rasa kasih sayang didalam kekeluargaan.
✔ Memberi ketenangan hati dan jiwa.
✔ Wajah yg cantik dan aura seri yang bangkit luar biasa.
✔ Menjadikan orang disekeliling kita tertarik untuk fokus dengan kata-kata kita.
✔ Menarik limpahan rezeki.
✔ Menjadikan kita lebih fokus dalam menunaikan tanggungjawab ibadah, bekerja dan sebagainya.
✔ Digunakan sebagai rendaman kaki untuk hilangkan stress, lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan.
✔ Boleh dijadikan sebagai rawatan gangguan jin.
✔ Dijadikan sebagai air untuk cuci rumah yang baru didiami.
✔ Rawatan untuk demam panas, dari baby hingga orang dewasa.
✔ Mandian untuk penerang hati anak-anak dan fokus untuk menerima ilmu dan menmanfaatkan ilmu.

Memang betul jika kita mempunyai jiwa yang tenang, apa sahaja yang kita hadapi akan menjadi semakin mudah. Tidak salah untuk kita mencuba Aura Rezeki sebagai terapi untuk kesihatan jasmani dan spiritual sebagai ikhtiar untuk sesuatu masalah dan percaya sesuatu yang berlaku hanya atas kehendak dan izin dari yang maha kuasa Allah subhanahu wa ta’ala.

sumber:
AuraRezeki
Garam Aura Rezeki

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *