punca kematian haziq

Punca Kematian Pemanah Negara Haziq Kamaruddin

Hasil bedah siasat keatas jenazah Allahyarham Haziq Kamaruddin menunjukkan punca kematiannya akibat komplikasi salur darah jantung yang tersumbat. Tiada bukti yang menunjukkan ianya akibat vaksinasi secara langsung seperti yang telah didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Punca Sebenar Kematian Haziq

Namun, kajian lebih lanjut diteruskan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mengejut Allahyarham Haziq. Menurut hasil bedah siasat yang dijalankan komplikasi tersebut berlaku akibat perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).

Haziq yang pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik London 2012 dan Rio pada 2016, dilaporkan rebah di rumahnya pada kira-kira 8 pagi semalam, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 1.40 pagi tadi selepas selesai dibedah siasat di Hospital Kajang malam tadi.

Haziq antara lebih 200 atlet dan pegawai yang terlibat dalam persediaan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang telah menerima dos kedua suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada 4 Mei lalu.

Sepanjang sedekad mewakili negara, Haziq pernah meraih pingat emas pada Grand Prix Asia 2011 di Laos dan gangsa Piala Asia 2019 di Filipina, selain meraih empat emas dan dua perak menerusi acara individu dan berpasukan di Sukan SEA sejak edisi 2011 hingga 2019.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Punca sebenar kematian Haziq selain dari komplikasi salur darah jantung, ianya masih dalam kajian.

sumber:
bharian
mykmu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *