Program Affiliate ialah proses dimana kita mendapat komisyen melalui penjualan produk milik orang lain atau syarikat tertentu. Proses jualan ini melalui pautan (LINK) yang telah didaftarkan atas nama contohnya Ali atau agen affiliate tersebut. Pelanggan yang membuat pesanan tidak perlu berhubung dengan Ali tetapi hanya membuat bayaran melalui suatu pautan laman web produk tersebut yang dikongsi oleh Ali yang mana pautan tersebut telah didaftarkan atas ID Ali dan Ali secara automatik peroleh beberapa peratus komisyen yang telah ditetapkan.

Secara ringkasnya, Ali hanya pemilik pautan tersebut sahaja. Sistem affiliate biasanya telah di programkan secara automatik yang mana komisyen ditolak terus kepada agen affiliate setelah jualan terhasil. Ini bermakna pemilik produk tidak perlu berhubung dengan agen affiliate dari awal hingga akhir bayaran semuanya berlaku secara automatik mengikut aturan sistem yang telah diprogramkan.
Namun, program affiliate melibatkan pelbagai jenis produk. Dari produk fizikal hinggalah produk seperti Ebook, dan produk – produk digital lain. Komisyen yang ditawarkan juga berbeza mengikut pemilik produk tersebut. 

Starlight TV Menawarkan Komisyen Tertinggi Sehingga 85%

Starlight IPTV adalah aplikasi filem, muzik, dan hiburan dalam talian terbaik, di mana pengguna mendapat lebih daripada 2800 siaran di lebih 20 buah negara yang boleh diakses dimana sahaja berada kerana ianya adalah secara dalam talian.
Starlight Tv dimiliki oleh Mega Empire Wisdom Sdn. Bhd. Diasaskan oleh Rahmad Bin Tohak atau lebih dikenali dengan Rahmad Mega yang merupakan penyanyi popular malaysia 90an dahulu.
Komisyen untuk setiap jualan “Pendaftaran” sebanyak 85% dari setiap user yang berjaya membuat pendaftaran dan bayaran melalui “link” affiliate yang disediakan.
Pautan diatas merupakan link affiliate milik saya yang telah didaftarkan atas nama ID saya “zulmuhammad”. Ada sesetengah agen affiliate tidak ingin menggunakan link seperti ini kerana tidak mahu menggunakan pautan yang panjang dan ingin sorok nama ID miliknya. Mereka biasanya menggunakan Bit.ly untuk ubah dan pendekkan pautan tersebut. Contoh link affiliate Starlight IPTV saya setelah diubah https://bit.ly/3e80VbH.

Nasihat saya, pilihlah program affiliate yang bagus dan terbukti benar wujud supaya tiada masalah dikemudian hari.