TEKNOLOGI

PouchPASS Gelang Tangan Pengesan Suhu Semasa Covid19

PouchNATION dimulakan dengan membuat sistem berasaskan NFC yang membantu pendaftaran tetamu atau guest registration, cashless payments, access control, activity tracking, social engagement and detailed analytic reporting.

Pada pertengahan 2016, PouchNATION telah mengembangkan kemampuannya untuk menguruskan perjalanan para tamu dari awal, penemuan acara dan pembelian tiket. PouchNATION telah melaksanakan acara termasuk acara Cashless pertama di Indonesia, Filipina, Vietnam, Malaysia, Thailand dan Myanmar.

Tetap Selamat Semasa COVID-19 Dengan PouchPASS

Terkini PouchNATION mengeluarkan produk baru iaitu PouchPASS. Memandangkan dunia sekarang memerlukan cara hidup NORMAL BAHARU, PouchNATION mendapat ideal untuk menghasilkan satu alat untuk kesan sudu badan secara automatik melalui gelang (wristband) baru PouchPASS.

Gelang tangan PouchPASS membolehkan pemakai mengesan suhu badan mereka menggunakan telefon pintar melalui aplikasi yang disediakan. Kadar suhu badan yang berubah setiap masa dapat di kesan dengan cepat dan mudah. Terdapat dua jenis PouchPASS yang dikeluarkan iaitu dengan panggilan PouchBand dan PouchBand Plus.

Tiada perbezaan antara kedua – dua wristband tersebut dari segi pengesanan suhu. Namun, PouchBand Plus mempunyai ciri yang lebih canggih iaitu dari segi Connection Type yang mana ia dibina dengan ciri NFC, PouchBand Plus membolehkan anda melakukan lebih banyak perkara seperti pembayaran tanpa sentuh, kawalan akses, dan banyak lagi. Dari segi berat, PouchBand 1 gram lebih ringan daripada PouchBand Plus.

PouchPASS KALIS AIR Dan Tidak Perlu Pengecasan

Walaupun PouchBand kalis air, tetapi didalamnya mempunyai termometer dan mungkin boleh menyebabkan bacaan tidak tepat apabila anda mandi dengan air panas atau sejuk. Jika ia berkeadaan basah, haruslah dikeringkan terlebih dahulu sebelum dipakai semula.

Aplikasi PouchPASS ini dapat mengesan tahap suhu badan orang lain yang juga menggunakan PouchBand ini dan hanya dapat kita akses melalui telefon. Bayangkan dalam sesebuah sekolah yang mempunyai murid seramai 1000 orang. Guru-guru tidak dapat mengenalpasti suhu badan kesemua murid setiap masa. Namun dengan PouchPASS, keadaan ini akan menjadi lebih mudah, begitu juga dalam sesebuah kilang, institusi pengajian, pejabat, dan dalam pelbagai acara, malah didalam rumah juga.

Anda boleh dapatkan PouchPASS wristbands pengesan suhu automatik samada PouchBand atau PouchBand Plus di pautan ini https://pouchpass.com/products/wristbands/. Terdapat lima jenis warna pilihan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *