pkp 2021

PKP 2021 Bukan Total Lockdown

Banyak mesej-mesej yang tular dimedia sosial hari ini berkenaan dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2021) bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Keadaan ini menyebabkan ramai yang mula membuat pembelian panik kerana bimbang akan dilaksanakan Total Lockdown seperti PKP 2020 sebelum ini.

Patut lah saya perasan barang-barang di pasaraya mula berkurang secara mengejut, dan ada yang sudah kehabisan stok. Roti keping mula menjadi rebutan, seperti keadaan sebelum ini semasa PKP pertama dilaksanakan.

Kerajaan tidak laksana ‘total lockdown’

“Saya percaya tidak mungkin kita (kerajaan) laksanakan total lockdown seperti PKP sebelum ini… kita ada lagi mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan teknikal pada Isnin ini untuk melihat SOP (prosedur operasi standard) lebih terperinci.

“Apa-apa keputusan kerajaan buat adalah yang terbaik untuk rakyat, tidak usah panik.”

Ismail Sabri (Menteri Pertahanan)
Pembelian Panik Musim PKP

Pelaksanaan PKP 2021 tidak akan dilaksanakan semudah itu, ia akan dikaji secara terperinci. Jika PKP sekali lagi dilaksanakan, ia tidak akan berkuatkuasa secara mengejut, tetapi akan diberitahu sekurang-kurangnya
2 ke 3 hari sebelum pelaksanaan supaya rakyat dapat membuat persediaan.

Artikel Berkaitan >> Vaksin Pfizer Lulus NPRA KKM

Jumlah kes covid-19 yang semakin meningkat, memaksa kerajaan ikhtiarkan sesuatu dalam usaha untuk menghentikan penularan wabak ini. Pelaksanaan PKP sebenarnya ada kebaikan dan keburukannya juga.

Sebelum ini kita pernah menjalani Perintah Kawalan pergerakan PKP musim pertama 2020 yang lalu, hasilnya kes positif menurun secara mendadak hingga beberapa kali negara mencatatkan angka sifar.

Kejayaan ini sudah tentu sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan. Dalam masa yang sama, kerajaan mengalami kerugian yang sangat banyak dan sektor ekonomi terjejas teruk. Berlaku lambakan pengangguran akibat perusahaan yang terpaksa ditutup dan ada yang terpaksa diberhentikan kerja.

Janganlah terlalu panik, keputusan samada PKP dilaksanakan ataupun tidak bergantung kepada perbincangan terperinci. Kita sebagai rakyat hanya tunggu pengumuman dari pihak kerajaan. Jangan sesekali terus percaya mesej-mesej yang tular dimedia sosial, jadilah masyarakat yang bijak.

sumber:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *