Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)

Gambar diatas Ini adalah prosedur yang biasa dijalankan di mana pesakit akan baring di atas meja khas dan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan pesakit dan memecahkan batu itu kepada ketulan-ketulan kecil. Batu yang telah dipecahkan biasanya akan keluar bersama air kencing semasa pesakit membuang air kecil.

Penyakit batu karang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira had umur seseorang. Pembentukan kalkuli atau batu karang terjadi disebabkan terbentuknya ketulan kristal didalam air kencing akibat dari beberapa faktor.

Salah satu sebab utama terbentuknya kristal batu karang dalam air kencing kerana berlaku kepekatan pada air kencing disebabkan kehadiran bahan-bahan tertentu. Keadaan ini mungkin terjadi kerana berlakunya kekeringan akibat kurangnya cecair dalam badan.

Beberapa jenis batu karang antaranya dikenali sebagai kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite dikenali juga sebagai batu jangkitan yang mana ianya terdiri daripada ammonia, magnesium dan fosfat bercampur dengan karbonat.

myhealth

Temubual Pesakit Batu Karang

Saya ada sedikit perkongsian setelah menemubual salah seorang pesakit batu karang yang pernah menderita penyakit ini. Beliau kini masih belum pulih sepenuhnya, dan saya sempat bertanya beberapa soalan berkenaan pengalaman dan penderitaan yang dialami sebelum ini.

Katanya, pembentukan batu karang dalam saluran kencing ini berlaku disebabkan pengambilan sejenis makanan dan minuman berpati secara kerap. Ditambah pula, beliau kurang minum air kosong. Akibatnya, beliau sering berasa sakit dibahagian belakang pinggang yang menyebabkan ketidakselesaan yang melampau.

Keadaan ini bertambah teruk dari hari kehari. Setelah membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan terdapatnya pembentukan batu karang. Sejak dari kejadian itu, beliau sering perbanyakkan meminum air kosong selain makan ubat seperti yang disarankan doktor tersebut.

Hasil dari usaha tersebut, beliau mendapati keluarnya ketulan batu karang melalui saluran kencing semasa membuang air kecil dan kadangkala keluar bersama darah. Darah yang keluar katanya akibat luka dari geseran batu karang pada saluran pundi kencing.

Kesakitan ketika membuang air kecil memang tidak dapat diungkap dengan kata-kata, sangat pedih katanya. Beliau sungguh terkejut kerana tidak menyangka batu karang tersebut agak besar mampu keluar melalui saluran kencing yang sempit.

Beliau menyarankan supaya mengamalkan pengambilan air kosong yang lebih dalam kehidupan seharian berbanding minuman bergula dan berpati.