Permohonan Mesin Paywave Terminal

Permohonan Mesin Paywave Terminal | Baru-baru ni saya ada uruskan proses tukar nama kenderaan di JPJ. Rupa-rupanya masih ramai yang tak tahu sekarang di JPJ kena bayar guna kad, wajib ada duit dalam bank.

Ingat tak beberapa tahun lepas, orang ramai berpusu-pusu ke cawangan bank masing-masing untuk tukar kad atm baru yang ada simbol Paywave. Masa tu ramai panik risau kad kena block jika tidak tukar kad baru dengan segera, padahal pihak bank meletakkan tempoh yang agak panjang sebenarnya.

Fungsi Paywave mula digunapakai beberapa tahun lalu, namun masih banyak yang belum guna. Pada tahun lepas, JPJ mengumumkan akan menggunakan sistem bayaran guna kad bank, tidak lagi secara tunai. Jadi, setiap pelanggan harus mempunyai duit dalam kad bank yang cukup untuk setiap urusan yang melibatkan bayaran di kaunter JPJ tersebut. Maklumlah saya baru nak berjinak-jinak dengan bisnes jual beli kereta second hand ni kena lah mahir dalam bab tukar nama kereta dan urusan di jpj ni.

Dengan arus peredaran zaman yang cukup laju terutamanya dalam teknologi komunikasi melalui internet, termasuk transaksi melibatkan bayaran juga lebih mudah dilakukan tanpa tunai. Bayaran menggunakan kad debit samada perlu menggunakan pin atau sekali touch menggunakan sistem paywave sangat mudah, cepat dan selamat. Walaupun pada situasi tertentu ada juga kekurangan dan kelemahannya.

permohonan mesin paywave

Kos Pasang Mesin Terminal Paywave Bayaran Tanpa Tunai(Cashless)

Mereka yang mempunyai kedai runcit, pasaraya, kedai makan, restoran, kedai komputer, kedai serbaneka, kedai perabot dan sebagainya, boleh memohon mesin terminal bayaran guna kad dengan kata lain “tanpa Tunai”. Nak taknak memang kena ada, mungkin bukan harini, mungkin sebulan lagi, setahun atau beberapa tahun lagi saya rasa hampir 80 peratus akan menggunakan kaedah ini sebagai transaksi utama untuk urusan jualbeli, pembayaran di kedai-kedai dan pasaraya.

Saya ada jumpa melalui hasil carian google mengenai syarikat yang menjual dan menguruskan proses pemasangan mesin terminal bayaran guna kad. Jadi saya cuba whatsapp untuk bertanya lebih lanjut mengenai proses pemasangan terminal ini. Beberapa mini setelah saya whatsapp, pihak mereka terus hubungi saya dan menerangkan serba sedikit, katanya kos pasang terminal paywave ialah RM998 sekali bayar iaitu tanpa sewa bulanan.

Katanya, untuk memulakan pemasangan perlu membuat permohonan dulu dengan bank dan beberapa dokumen diperlukan. Antara dokumen yang diminta adalah seperti berikut:

Senarai Dokumen Untuk Permohonan Mesin Terminal Paywave


✅ Full set of SSM Form (Business Registration Form)
✅ Photocopy of all Director / Owner / Partners’ identity card / passport
✅ Latest month bank statement (physical / online copy) displaying bank name, account name and account number
✅ Photos (Signboard / Front View / Interior / Exterior / Products)
✅ Tenancy Agreement / Business License (If signboard name doesn’t match with SSM / No signboard)

Disini saya tidak senaraikan nama syarikat atau seller tersebut, kerana saya sendiri belum apply. Saya akan selidik dahulu syarikat tersebut samada betul-betul wujud atau tidak sekiranya saya nak pasang mesin terminal untuk kedai saya yang bakal dibuka nanti. Tuan/puan boleh cari melalui google dan bertanya lebih lanjut selain minta pendapat mereka yang lebih pakar dan berpengalaman.

Keburukan Bayaran Guna Paywave

Sistem bayaran menggunakan Paywave memang sangat cepat, menjimatkan masa dan senang digunakan tanpa perlu masukkan nombor pin atm. Bermakna, orang lain juga boleh menggunakan kad tersebut untuk membuat bayaran menggunakan paywave. Samada dengan izin pemilik atau tidak, kad tersebut tetap boleh digunakan untuk membuat bayaran.

Kalau tak silap, penggunaan paywave mempunyai limit harian hanya RM250 sahaja. Jika membayar lebih dari nilai tersebut perlu menggunakan debit seperti biasa. Namun, jumlah daily limit paywave mungkin boleh dibesarkan dengan menhubungi pihak bank.

Foto:visa, hellokerja

Leave a Comment