Perjalanan Rentas Sempadan Negeri Dibenarkan

Perutusan Perdana Menteri petang tadi memberitahu bahawa perjalanan rentas sempadan negeri dibenarkan bermula 10 Jun kecuali kawasan yang telah diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD. Namun rakyat diminta untuk terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai topeng muka, kerap cuci tangan seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini.

Kegembiraan yang tidak terhingga dikalangan mereka yang masih berada di bandar dan tidak dapat pulang ke kampung menyambut perayaan Aidilfitri minggu lalu kini dibenarkan berbuat demikian. Kecoh di media-media sosial bercerita berkenaan isu ini. 
Ramai yang memuji dan berterima kasih serta mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muyyidin Yassin. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP yang baru diperkenalkan akan berkuatkuasa mulai 10 Jun. Dengan pengumuman ini, peraturan semakin dilonggarkan dan lebih banyak sektor-sektor dibenarkan beroperasi.
Namun Standard Operating Procedure SOP harus dipatuhi, ini kerana wabak covid19 masih belum hilang sepenuhnya dan masih terdapat kes positif dicatatkan setiap hari walaupun mengalami penurunan yang mendadak. Kebanyakan kes positif covid19 sekarang melibatkan pendatang asing tanpa izin PATI dan dari kalangan bukan warganegara.
Kini, tanggungjawab mengawal penularan jangkitan COVID19 terletak atas bahu kita semua. Patuhi SOP dan sama-sama kita berganding bahu untuk memutuskan rantaian Covid19.
[telegram MKN]