Pengarah Kesihatan Terengganu Kesal Dengan Warga Besut

Kluster demi kluster direkodkan di daerah Besut Terengganu, menyebabkan PKPD terpaksa dilaksanakan. Pengarah Kesihatan Terengganu meluahkan rasa kesal dengan warga besut yang masih leka.

Di Besut, terdapat 2 kluster yang menjadi penyumbang terbesar peningkatan kes covid-19 di daerah itu. Pertama sekali kluster Tok Has, dan kedua kluster D’Lahar.

Kluster Tok Has bermula di sebuah cafe yang merebak ke pusat gym, dan beberapa kawasan lain. Sebanyak 474 kes positif yang berjaya dikesan hasil saringan kontak rapat dan individu bergejala.

Manakala Kluster D’Lahar yang melibatkan pekerja di sebuah syarikat dan merebak hinggal menghasilkan 152 kes positif yang berjaya dikesan. Kluster-kluster ini masih aktif dan sentiasa mencatat kes positif melalui saringan kontak rapat dan individu bergejala.

Peningkatan kes secara mendadak sehingga 4angka hanya dalam tempoh lebih kurang sebulan. Di sebuah pasaraya di bandar jerteh dalam daerah yang sama juga dikesan dan membabitkan lebih 90 pekerja disahkan positif covid-19. Ianya telah merebak ke beberapa kawasan lain dan kini virus tersebut masih aktif dalam komuniti.

Semasa pihak berkuasa mengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD untuk beberapa kampung yang disenaraikan, warga berpusu-pusu membanjiri pasaraya, kedai-kedai untuk mendapatkan bekalan hingga keadaan menjadi sesak. Kes positif terus bertambah hari demi hari dalam tempoh baru beberapa hari PKPD dilaksanakan.

Penduduk di kampung Lak Lok diarahkan menjalani saringan (swab test) yang diadakan di kawasan masjid kampung Lak Lok. Hasil dari saringan tersebut, lebih 100 kes positif baru dikesan. Begitu juga penduduk Kampung Padang Luas yang diarahkan menjalani saringan covid-19 bermula 23 mei 2021.

Peningkatan kes secara mendadak di daerah besut menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 14 orang dan 5 kes dilaporkan berada di ICU hospital terengganu, HSNZ.

Kecuaian warga besut dalam pematuhan SOP menyebabkan penularan kes. PKPD selama 2 minggu sepertinya masih tidak cukup, dan keputusan samada sambung atau tidak masih belum diputuskan.

Warga Besut dinasihatkan supaya mematuhi sop, jangan mengadakan sebarang majlis yang melibatkan orang ramai, elakkan bersalaman, jaga jarak dan sentiasa memakai pelitup muka sekiranya berada diluar.

#BesutPastiMenang

Sumber : https://malaysiadateline.com/luahan-kesal-pengarah-kesihatan-terengganu-terhadap-warga-besut/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *