Pengalaman Pos Barang Guna Best Express

Best Express sebuah syarikat perkhidmatan kurier iaitu penghantaran barang di seluruh negara. Sama juga macam J&T Express, Poslaju, Line Clear Express, yang menawarkan perkhidmatan penghantaran cepat.

Apa yang bagus dengan perkhidmatan Best Express ?

Perkongsian ini berdasarkan pengalaman saya yang sudah beberapa kali menggunakan perkhidmatan Best Express untuk pos barang dalam beberapa negeri berbeza baru-baru ini.

Beralamat di Kampung Padang Luas Jerteh, Sebuah cawangan Best Express yang baru dibuka. Sebelum ini, saya sudah biasa pos barang menggunakan kurier lain. Dan tidak terfikir untuk menggunakan Best Express, maklumlah benda baru ni risau juga untuk cuba.

Bila tengok kepada senarai harga yang lebih jimat dan munasabah, saya cuba guna Best Express untuk pos barang ke dua negeri berbeza. Maklumlah, saya ni ada buat bisnes online secara part time. Pada saya harga yang ditawarkan jauh lebih jimat berbanding kurier sebelum ini.

Senarai Harga Penghantaran Best Express Semenanjung Malaysia

Alhamdulillah, pilihan saya sangat tepat setelah kedua-dua barang pelanggan saya telah sampai dengan selamat dan cepat.

Dari tempat saya, Jerteh Terengganu, saya pos barang ke Perak dan Pahang pada hari yang sama. Dua hari barang sampai kepada pelanggan saya di Perak, dan hari ke 3 sampai pula di Pahang. Senang cerita, penghantaran menggunakan Best Express semenanjung Malaysia akan mengambil masa antara 1 ke 3 hari jika tiada apa-apa masalah.

Ini melalui pengalaman saya, belum lagi ada masalah kelewatan sejak menggunakan khidmat Best Express.

Dari segi pengurusan di cawangan dan layanan, bagi saya cukup memuaskan. Tapi mungkin juga bergantung kepada pengurusan cawangan masing-masing.

Barang pelanggan saya sampai dalam keadaan sangat elok, tidak kemek atau koyak walaupun barang jenis mudah kemek. Lagi satu, kita boleh mintak mereka bubble wrap untuk barang-barang yang dikhuatiri mudah rosak.

Sebenarnya Best Express antara kurier terbaik dalam penghantaran ikan hidup seperti Ikan Beta, juga dipanggil Ikan Laga. Mereka juga menawarkan perkhidmatan pickup barang dari rumah untuk diposkan. Kita boleh minta mereka untuk datang ambil barang di tempat kita untuk diposkan. Jadi senang sikit kerja kita, tidak perlu bersusah nak ke cawangan untuk pos barang.

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan:

Gambar Cawangan Best Express Padang Luas Jerteh

ANTARA BARANGAN YANG KAMI POST ADALAH SEPERTI:

IKAN HIDUP
FOOD FROOZEN
MOTOR
DLL
*PICK UP BARANG DI RUMAH SECARA PERCUMA.

Untuk mereka yang berada disekitar kawasan saya yang ingin menggunakan perkhidmatan Best Express, boleh ke alamat yang tertera dibawah ini. Saya juga sertakan nombor telefon cawangan, manakala waktu operasi saya tidak berapa pasti. Jika tidak salah, waktu tutup ialah pukul 5 petang dan cuti pada hari jumaat.

Beralamat di Kampung Padang Luas, Lot3299B Taman Sepakat Jaya, 22000 Jerteh @Jertih, Terengganu. Nombor telefon, 0199887663 (Azmi).

2 thoughts on “Pengalaman Pos Barang Guna Best Express”

  1. Best Express padang luas

    Terima Kasih sudi menggunakan khidmat kurier kami. Mohon maaf atas segala kekurangan yaa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *