Pendaftaran vaksin Covid-19
INFO DAN TIPS,  KESIHATAN

Pendaftaran Sebagai Penerima Vaksin Covid19

Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama ialah pada 26 Februari, namun difahamkan Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal dari tarikh itu.

Pemberian suntikan vaksin Covid-19 dilakukan secara bersasar dan mengutamakan golongan yang lebih memerlukan. Pilihan utama penerima vaksin adalah dikalangan petugas barisan hadapan kira-kira sekitar 500,000 orang termasuk petugas bukan kesihatan.

Frontliner terutamanya dikalangan anggota kesihatan perlu diberi keutamaan sebagai penerima awal suntikan vaksin Covid19 kerana mereka yang akan ditugaskan memberikan suntikan kepada orang lain nanti.

vaksin Pfizer-BioNTech

Pendaftaran sebagai penerima vaksin akan dibuka tidak lama lagi. Pendaftaran semestinya boleh dilakukan secara dalam talian(Online). Pengumuman untuk pendaftaran penerima vaksin belum dibuat, dan saya yakin ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Golongan yang menjadi keutamaan mendapat suntikan vaksin selepas para pejuang petugas barisan hadapan antaranya ialah kumpulan berisiko tinggi seperti golongan warga emas, pesakit tertentu dan golongan OKU. Seterusnya barulah masuk fasa ketiga iaitu golongan dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Golongan penerima vaksin fasa ketiga dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.

Untuk perlindungan penuh, setiap individu penerima vaksin akan disuntik sebanyak dua kali dalam jarak beberapa hari yang akan dinyatakan nanti. Bermakna 2 dos vaksin untuk seorang penerima akan diberikan secara percuma kepada anggaran 80 peratus rakyat Malaysia.

“Mereka yang menerima vaksin perlu menyimpan kad yang akan kita berikan ketika kali pertama mereka diberi suntikan.
“Ini bagi memastikan mereka yang telah disuntik mendapat dos kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan, biasanya dalam julat 21 hari”. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, “Untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar, teratur serta memudahkan orang ramai, lebih 600 pusat simpanan yang juga pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara.

sumber:
sinarharian
hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *