KESIHATAN

Organ Dalam Badan Yang Paling Ditakuti Jika Rosak

Semua organ dalam badan penting dan perlu dijaga dengan sebaiknya untuk kekal sihat. Setiap organ saling memerlukan antara satu sama lain untuk mereka menjalankan tugas masing – masing.

Namun, organ manakah yang paling ditakuti ramai jika ianya rosak?

Ginjal atau Buah Pinggang adalah organ yang sangat ditakuti ramai jika rosak. Ginjal salah satu organ yang sangat kuat bekerja. Tugas ginjal adalah menapis darah dan membuang sisa – sisa yang tidak diperlukan melalui air kencing.

Pengambilan air kosong yang cukup membantu ginjal bekerja dengan lancar dan sempurna. Manusia normal boleh hidup macam biasa walaupun hanya satu ginjal berfungsi. Namun, jika kedua – dua ginjal gagal berfungsi, akan timbul masalah yang sangat besar dan inilah yang ditakuti ramai.

Kos Dialisis Buah Pinggang Ribuan Ringgit Sebulan

Bukan saja terpaksa menanggung sakit, kekurangan tenaga, dialisis memaksa pesakit ulang alik ke hospital 2,3 kali dalam seminggu. Kos dialisis juga mencecah sekitar lebih 3 ribu ringgit sebulan.

Bagi situasi ini, pesakit dalam kalangan kakitangan kerajaan lebih beruntung kerana kos dialisis ditanggung kerajaan. Walaupun begitu, pesakit lain juga boleh cuba dapatkan bantuan dari Baitulmal dan sebagainya.

Menurut salah satu sumber, pesakit juga boleh mengeluarkan wang KWSP untuk kegunaan kos dialisis dan rawatan melalui beberapa prosedur tertentu. Namun, dalam beberapa tahun saja pesakit boleh menghabiskan puluhan dan ratusan ribu.

Jadi hargailah setiap organ dalam badan kita semasa masih sihat. Sama juga jika kita menanam pokok untuk hasil yang baik dan subur harus dibaja dan disiram. Begitu juga ginjal, jagalah pemakanan dan minum air secukupnya.

Jika perlu, ambil Pemakanan Tambahan dan janganlah terlalu berkira, laburkan sedikit modal untuk kesihatan pasti tidak rugi. Wang boleh dicari tetapi kesihatan tidak boleh dijual beli. Tidak semua penyakit boleh dirawat dengan mudah walaupun anda jutawan.

Pengasas Apple meninggal dunia akibat kanser tahun yang lalu. Walaupun beliau memiliki aset berbillion dolar dan mampu membeli hospital sekalipun, tetapi beliau tidak mampu membeli sebuah kesihatan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *