Mimpi Gigi Patah Separuh (Maksud Disebalik Mimpi)

Mimpi Gigi Patah Separuh | Mimpi adalah perkara biasa terjadi dan kebiasaannya seseorang mudah bermimpi ketika tidur dalam keadaan terlalu penat atau dalam keadaan kotor bagi wanita (haid). Bermimpi tidak salah, tetapi yang salahnya kerana mimpi sampai merosakkan hidup.

Saya suka dengar ceramah ustaz Don di youtube, masa tu beliau sedang live bersama remy ishak membincangkan soal mimpi. Katanya untuk mengesahkan samada mimpi terebut benar atau tidak mesti lepas enam syarat.

mimpi gigi patah separuh

Syarat Mimpi Benar (Ustaz Don Daniyal)

Terdapat 6 syarat untuk memastikan mimpi kita boleh jadi benar dan bukannya sekadar mainan tidur.

  1. Tidur mesti dalam keadaan ada air sembahyang(wudhu)
  2. Lepas mimpi terus terjaga
  3. Mimpi perkara sama berulang-ulang
  4. Berlaku pukol 12 tengah malam hingga 5 pagi
  5. Mimpi tersebut diingati sampai bila-bila
  6. Tidak melakukan hubungan suami isteri dan tidak dalam keadaan haid(bagi wanita).

Kata ustaz Don kalau dia sudah berwudhu tetapi semasa tengah-tengah tarik selimut iba-tiba wudhu terbatal contohnya kentut dan dia teruskan tidur, maka ia sudah tiada wudhu dan dikira tidur dalam keadaan tiada wudhu. Jadi syarat nombor satu sudah tidak lepas, dan jika dia bermimpi pada malam tersebut bermakna kemungkinan besar mimpi dia tidak benar dan sekadar mainan tidur.

Begitu juga wanita dalam keadaan haid yang bermimpi, kata ustaz sudah sah mimpi tersebut tidak benar dan hanya mainan atau gangguan jin dan syaitan. Kerana jin dan syaitan sangat suka kepada benda kotor, dan dari gangguan itu terhasil lah mimpi-mimpi mengarut, jangan dilayan katanya.

Jika seseorang bermimpi dan memenuhi syarat-syarat tersebut tidak semestinya mimpi itu “sah benar”. Namun, kebarangkalian mimpi tersebut benar adalah tinggi jika memenuhi syarat yang dinyatakan diatas.

Baca Juga: Apakah Sihir Santau Angin

Mimpi Gigi Patah Separuh

Ada yang berpendapat bahawa maksud mimpi gigi patah separuh @setengah, ditafsirkan bahawa dia akan bakal melihat kematian dalam kalangan anggota keluarga yang sedang sakit.(sishawa)

Mimpi gigi patah juga sangat terkenal dalam kalangan masyarakat melayu kita sejak dulu lagi. Macam-macam jenis mimpi gigi patah, mimpi gigi depan patah, mimpi gigi tercabut, mimpi patah gigi bawah, mimpi gigi patah ketika hamil, dan bermacam lagi. Ingat, mimpi tidak memestinya betul, dan kebanyakan hanya mainan tidur.

Maksud mimpi gigi tanggal, patah atau tercabut ini antara mimpi yang kebanyakannya ditafsirkan dengan petanda perkara buruk yang bakal berlaku. Kerana inilah ramai dikalangan kita sangat takut akan mimpi seperti ini, padahal ianya tidak perlu dipandang serius kerana mungkin boleh bawa masalah akibat kerisauan dan bukan semestinya mesti berlaku seperti yang ditafsir oleh sesetengah pakar mimpi.

Orang Beriman Yang Sentiasa Berkata Benar Sepanjang Hidupnya Kebarangkalian Akan Dapat Mimpi Yang Benar

rujukan: youtube channel

Ada juga isteri yang mimpi suami mereka curang dengan bekas kekasih lama, dan keesokan hari tak pasal-pasal bergaduh dengan suami. Lagi buruk, akibat si isteri cerita perkara tersebut dekat suami, sang suami pula tiba-tiba asyik memikirkan bekas kekasihnya yang ada dalam mimpi isterinya itu, tak pasal-pasal kan?.

Tafsir Mimpi, Jangan Terlalu Percaya

Banyak buku-buku tafsir mimpi yang dijual dikedai-kedai buku, ada baiknya jangan beli jika tiada keperluan yang mustahak kerana bimbang kita akan terlalu percaya padahal mimpi-mimpi ini hanyalah petanda dan tidak semestinya akan terjadi.

Kata ustaz Azhar Idrus, jika dilihat awan yang gelap biasanya memang akan hujan tetapi mungkin juga tidak berlaku hujan kerana awan yang gelap sebagai petanda, begitu juga mimpi.

credit:foto1,foto2

Leave a Comment