Manfaat Timun Untuk Kesihatan

Timun merupakan buah juga dalam kategori sayuran yang mempunyai kandungan air yang tinggi. Timun diketogerikan dalam kumpulan cucurbitaceas, termasuk labu dan pelbagai jenis tembikai, kumpulan makanan ini memberikan pelbagai nutrien, namun ia rendah kelori, kolesterol dan natrium.

Selain itu , biji timun juga boleh digunakan bagi mereka yang menghadapi sakit tekak apabila diserang batuk. Penyakit ini dapat dirawat dengan mengambil biji timun lalu dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuhkan beberapa kali dalam sehari. Dengan itu, ia dapat mengembalikan suara yang hilang.

Berikut merupakan kebaikan dan manfaat timun dalam penjagaan kesihatan.

  • Dapat mencegah dehidrasi.
  • Mencegah sembelit
  • mengurangkan kardiovaskular
  • Membantu mencegah tekanan darah tinggi.
  • Mengembalikan suara yang hilan
  • Meningkatkan penyerapan kalsium
  • Mencegah barah
  • mengurangkan kolesterol
  • Membantu mengurangkan glukosa
  • Mengurangkan bengkak pada kulit
  • Mengelakkan batu karang
  • Makanan yang menghidrat.
  • Mengurangkan sakit tekak.
  • Membersihkan usus. Timun juga akan membantu organ hati untuk menghilangkan kotoran, sisa, dan juga membantu menghilangkan toksin terkumpul dari aliran darah dan usus. Ia juga membantu badan mengeluarkan lebih banyak air kencing untuk mengeluarkan toksin.

Anda boleh amalkan minuman jus timun untuk mempercepatkan proses detoksifikasi.

Timun selamat digunakan oleh pada kulit. Banyak produk kecantikan yang mengambil timun sebagai ektrak utama. Berikut merupakan kelebihan timun yang banyak digunakan dalam kecantikan.

  • Toner semula jadi
  • Mengurangkan kulit kering dan komedo
  • Membantu membersihkan liang
  • Menyegarkan kulit
  • Melembutkan wajah
  • Mengurangkan kedutan kulit dan banyak lagi
  • Melembabkan kulit
  • Untuk kecantikan rambut.

Untuk penjagaan mata pula, timun dapat melembabkan kulit di sekitar mata. Timun juga memainkan peranan penting dalam menyihatkan kulit , ia dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dan anti-penuaan. Dengan itu, amalkan pemakanan timun secara teratur kerana timun mampu meningkatkan penglihatan serta membantu mengelakkan mata daripada katarak.

Menurut satu sumber, terdapat pelbagai jenis timun yang dikenalpasti. Berikut merupakan jenis-jenis timun. *Namun begitu terdapat jenis timun yang biasa ada d rumah panas atau timun inggeris, ia adalah besar, dengan kulit yang hijau dan sedikit.

  • Timun Armenia atau ular -(panjang,kulit nipis dan hijau gelap serta pucat).
  • Timun kirbry -(kulit nipis, biji kecil dan rangup).
  • Timun parsi -(pendek dan gemuk daripada timun rumah panas).
  • Lemon timun -(ukuran seperti lemon,kulit yang pucat, serta manis dan sedap).

Anggur timun (Echinocystis lobata) -( tumbuh dengan cepat, berasal dari Amerika utara, dan digunakan sebagai rumpai. Buahnya tidak boleh dimakan.

Timun sememangnya mudah didapati di pasaran, malah harganya juga murah dan mampu dimiliki. Mudah juga ditanam, kerana tempoh dewasanya kurang dari 1bulan.

Biasanya dijadikan ulaman sebagai penambah selera, dan cara lain timun juga sesuai dibuat jus. Timun kaya dengan khasiat yang membantu kita dalam meningkatkan tahap kesihatan dan juga kecantikan.

Namun begitu, untuk memaksimumkan kandungan nutrisinya, timun seharusnya dimakan tanpa dikupas kulitnya. Jika kulit timun dikupas, ia akan mengurangkan jumlah serat, vitamin dan mineral.

Rujukan: medicalnewstoday

1 thought on “Manfaat Timun Untuk Kesihatan”

Leave a Comment